39: Drama

4.8K 756 335
                                    

260 votes + 130 comments

"Jadi, bila korang nak bagitahu ibu bapa korang tentang hubungan ni?" Jaehee menyoal.

Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Entahlah ibu bapanya bagi atau tidak untuk bercinta di usia yang belum mencapai 20 tahun ni.

Tiba-tiba bunyi suara cikgu yang bertugas menjaga peperiksaan memanggil murid-murid untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Cepat-cepat mereka semua pergi mengambil alat tulis dalam beg masing-masing yang ditinggalkan diluar dewan peperiksaan itu.

☆☆☆☆

Sooyoung memicit kepalanya akibat pening. Soalan terlalu banyak dan mencabar membuatkan kepala Sooyoung seakan-akan berasap. Setelah beberapa minit dia merehatkan otaknya, dia kembali menjawab soalan subjek sejarah dunia itu.

Manakala Jeon Jungkook dapat menjawab dengan mudah memandangkan subjek sejarah dunia merupakan kepakarannya.

Siapakah pencipta lagu klasik ode to Joy?

a. Mozart
b. Beethoven
c.Vivaldi
d. Frideric

Jungkook berfikir sejenak, c dan d sudah pasti salah. Tetapi, Mozart dan Beethoven masing-masing popular membuatkan Jeon Jungkook keliru.

Oh ya! Beethoven yang menciptakan lagu itu!

Nam Jaehee memandang kearah soalan itu dengan keadaan dahinya berkerut tanda berfikir untuk dapatkan jawapan.

Kenapa soalan ini susah sangat? Tak boleh ke bagi soalan yang lebih mudah untuk dijawab?

Apabila Hagia Sophia di Turki dibina pada 537 masihi , tujuan asalnya dijadikan sebagai gereja. Semasa penjajahan ____________ ianya mahu ditukar sebagai Masjid.

a. Empayar Rom
b. Empayar Umaiyah
c. Empayar Uthmaniyah
d. Empayar Abbasiyah

Jaehee memejamkan matanya sambil berfikir. Wahai otak, tolonglah beri kerjasama untuk mengingat kembali apa yang dibaca.

Oh ya! kalau di Turki, sudah tentu Empayar uthmaniyah yang terlibat! Empayar uthmaniyah merupakan empayar yang paling hebat dalam sejarah islam.

Park Jimin yang sedang memegang kepalanya sambil membaca mentera-mentera yang mengarut.

"Oh otak, tolonglah ingat, tolonglah ingat" kata Jimin perlahan.

Siapakah yang berjaya membuktikan kilat adalah elektrik buat kali pertama dalam sejarah?

a. Leonardo da Vinci
b. Benjamin Frenklin
c. Mimar Sinan
d. Minoru Shirota

Jimin menghantukkan kepalanya pada meja peperiksaan itu. Kenapa susah semacam soalan ni. Nak tembak je, boleh tak?

Tetapi bila difikirkan semula, ini peperiksaan penting. Kalau tembak, sia-sia je belajar. Sia-sia kena marah dengan Sooyoung selama ni.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now