30: Sambut

4.8K 763 217
                                    

200 votes + 55 comments

Jaehee terjun kebawah sambil matanya dipejamkan, tidak sanggup dia ingin melihat apa yang akan terjadi selepas ini.

"JAEHEE!" Sooyoung berteriak keras.

Nam Jaehee mula membuka mata apabila dia terasa sudah jatuh ke bawah.

Tapi, apa yang membuatkan dia terkejut. Kenapa tanah ini lembut semacam? Dia dah mati atau belum?

"Jungkook!" jerit Sooyoung dari Rooftop.

Jaehee membuka matanya apabila nama Jungkook disebut oleh Sooyoung. Kenapa lelaki itu boleh berada disini?

"Dapat!" teriak Jungkook dari bawah.

Nam Jaehee terkejut apabila dia sudah berada diatas tilam lompat tinggi. Akan tetapi, disebabkan kepalanya yang sakit akibat jatuh dari tempat tinggi, membuatkan pandangannya mula kabur.

Semakin kabur dan akhirnya Nam Jaehee pengsan.

"Weh, Sooyoung! dia pengsan!" teriak Jungkook.

Sooyoung hanya mengangguk lalu dia berlari menuju kearah tangga untuk turun kebawah. Nam Jaehee pengsan sebab terkejut, mungkin.

Setelah dia sampai di tingkat bawah, Sooyoung berlari kearah Jungkook.

"Sekarang macam mana?" soal Jungkook.

"Kau angkat Jaehee, aku pergi tarik balik tilam ni masuk dalam stor sukan" kata Sooyoung.

Jungkook hanya mengangguk setuju.

Tiba-tiba telefon Sooyoung berdering. Nama Song Haesoo terpapar pada skrin.

"Hello" Sooyoung mula menyapa.

"Jaehee, macam mana?! selamat tak?! dia jatuh atas tilam tak? ke dia jatuh atas tanah?!" bertubi-tubi soalan Haesoo ajukan akibat risau.

"Jaehee selamat" jawab Sooyoung yang membuatkan Haesoo mampu mengela nafas lega.

Beberapa jam sebelum itu...

Jungkook dan Sooyoung berlari menuju kearah sekolah, untung sahaja tidak jauh dari rumah mereka.

Sooyoung melihat kearah telefon bimbitnya yang sedang berdering itu, terpapar nama Haesoo. Lantas dia menjawab panggilan itu. Sengaja Sooyoung membuka mod speaker supaya Jungkook dengar sekali.

"Hello, Sooyoung, tadi Nam Jaehee telefon aku, dia kata selamat tinggal! Weh! kawan kita nak bunuh diri!" kata Haesoo sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Ya aku tahu, aku dengan Jungkook dalam perjalanan ke sekolah, Jaehee nak terjun dari bangunan sekolah" balas Sooyoung.

"Kita nak buat apa ni?" soal Haesoo.

"Jungkook, kau tunggu dekat bawah. Nanti bila Jaehee terjun. Kau sambut dia" Sooyoung mula memberi idea merepek akibat panik. Habis semua hukum logik akal Sooyoung langgar.

"Kepala otak kau, kalau aku sambut dia nanti, dengan aku sekali boleh mati" balas Jungkook.

"Oh ya!" Haesoo yang berada dipanggilan itu mendapat idea.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now