28: Tampar

4.4K 761 179
                                    

120 votes  +  50 comments

"Ergh, bosannya" keluh Sooyoung lalu dia merebahkan kepalanya ke atas meja perpustakaan itu.

Dia memandang kearah jam yang berdetik dinding. Peperiksaan subjek fizik sudah tamat beberapa minit yang lepas, sekarang waktu semua murid-murid belajar sendiri untuk peperiksaan seterusnya iaitu subjek biologi.

"Yah, Kang Sooyoung!" satu suara yang amat dikenali oleh Sooyoung.

Lantas Sooyoung mengangkat kepalanya dan berpaling kebelakang.

Jeon Jungkook, Song Haesoo dan Park Jimin sedang datang mendekatinya.

"shhh" pegawai yang menjaga perpustakaan itu menyuruh mereka supaya tidak membuat bising.

Jimin menunduk maaf kerana salahnya menjerit nama Sooyoung tadi.

Jungkook menarik kerusi berhadapan dengan Sooyoung. Haesoo dan Jimin pula turut menarik kerusi untuk duduk berdekatan dengan Sooyoung.

"Korang buat apa dekat sini?" Sooyoung menyoal, riak wajah yang tidak memahami apa-apa ditayangkan.

Jungkook menunjal perlahan dahi Sooyoung. Masa yang ada sebelum ujian biologi bermula, mereka bertiga meminta izin untuk mengulang kaji di perpustakaan.

"Nak jumpa kau lah, bangang betul soalan tu" kata Jungkook lalu dia berdecit perlahan.

Sooyoung mengusap dahinya lalu menampar lengan milik Jungkook.

"Sakitlah, setan" marah Sooyoung.

Jungkook menjelirkan lidahnya tanda tidak berasa sakit dengan tamparan Sooyoung itu.

"Aku tak tahulah kenapa, tapi korang berdua ni memang comel" Jimin menyampuk sambil menongkat dagu tersenyum kearah Jungkook dan Sooyoung.

Lantas Sooyoung menampar pipi kiri Jimin dan Jungkook menampar pipi kanan Jimin.

"Weh... sakit..." Jimin seakan-akan ingin menangis.

Haesoo yang dari tadi hanya melihat akhirnya mengungkapkan rasa terkejutnya.

"Uish, korang tampar orang pun synchronize memang ada chemistry kuat betul korang ni" kata Haesoo sambil tersenyum senang.

"Kau nak kena tampar jugak ke?" soal Sooyoung dengan nada menyampah.

Laju sahaja Haesoo menggeleng mati terus senyumannya.

Jungkook pula sudah memicit kepalanya, makin dilayan, makin sakit kepala jadinya.

"Lagi sekali sesiapa yang pandai-pandai jodohkan aku dengan Jungkook, aku tanam dia hidup-hidup" kata Sooyoung sambil jari telunjuknya dihalakan pada wajah Jimin dan Haesoo.

Laju sahaja Jimin dan Haesoo mengangguk tanda memahami arahan Sooyoung. Sekali pandang nampak macam tentera yang baru terima arahan dari komander.

Keadaan jadi senyap sunyi buat seketika.

"Ermm, Sooyoung-ah, aku nak tanya pasal soalan ni" kata Jimin sambil menunjukkan kertas latihan subjek biologi kepada Sooyoung.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now