🌹Special chapter 2🌹

5.3K 655 160
                                    

220 votes + 80 comments

Keadaan senyap buat seketika apabila Jungkook dan Sooyoung telah mengambil tempat duduk di atas sofa itu.

"Bila kita nak ada anak ni? usaha nak buat pun belum ada lagi" ujar Jungkook sambil mencubit-cubit manja pipi milik Sooyoung yang sedang sandar pada lengan milik Jeon Jungkook.

Tiada jawapan daripada Sooyoung. Gadis itu kekal senyap. Dia marah ke?

"Sayang? dengar tak ni? suami anda yang kacak ni, nak baby" Jungkook mengulangi kata-katanya.

Masih lagi tiada respon. Terus Jungkook mengintai sedikit wajah Sooyoung. Lah, tidur rupanya.

Daripada tadi Jungkook bercakap sorang-sorang rupanya. Haih, berbuih sahaja mulut dibuatnya.

"Tak apa, tidurlah sayang" bisik Jungkook perlahan lalu dia mengusap rambut milik gadis kesayangannya itu.

☆☆☆☆

"Sayang! nampak tak seluar dalam aku?" soal Jungkook. Jejaka itu hanya melilit tuala putih di paras pinggang sambil air daripada rambutnya mula jatuh setitik demi setitik kerana dia baru sahaja selesai mandi.

Tiada jawapan daripada Sooyoung lalu Jeon Jungkook terus berjalan keluar daripada biliknya dan menuju kearah Sooyoung yang sedang mencari sesuatu di almari kasut.

"Sayang, kau cari apa?" Jungkook menyoal gadis itu.

"Sarung kaki aku hilang" balas Sooyoung dengan nada yang risau.

"Oh, aku ada nampak dalam laci seluar dalam aku tadi" ujar Jungkook sambil kepalanya dihalakan beberapa saat kearah kanan seolah-olah untuk memberi tahu Sooyoung yang sarung kaki itu berada di dalam bilik.

"Oh, ok" terus Sooyoung berdiri dan menuju kearah bilik mereka.

"Oh ya, sayang, nampak tak seluar dalam aku?" Jungkook menyoal lagi sekali.

"Ada dalam laci" balas Sooyoung.

"Aku dah cari tadi, tak ada pun" balas Jungkook.

"Aku kata ada, adalah" balas Sooyoung.

Dah boleh lihat dalam beberapa saat mereka akan bergaduh.

"Tak ada, aku dah cari tadi, sayang" Jungkook masih mempertahankan jawapannya.

"Habis tu tak akanlah seluar dalam kau nak berenang keluar" balas Sooyoung sambil membuka pintu almari.

"Mana tahu? entah-entah dia sedang berlatih berenang?" balas Jungkook bersama jawapan gurauan bodohnya.

"Oh Jungkook, cukuplah dengan lawak bodoh kau itu. Tolong simpan, nanti anak kita terlalu pandai sebab semua bodoh kau dah guna" kata Sooyoung sambil tangannya membuka laci seluar dalam Jungkook.

Jungkook hanya menahan gelak, memang begini. Hari-hari begini, entahlah kenapa tapi akan ada satu tahap dimana salah seorang daripada mereka akan mengalah dan terima sahaja kekalahan.

Mungkin mereka semakin matang? atau mungkin kerana mereka sudah lama bersama?

"Ha, ni apa? cekodok?" soal Sooyoung sambil melempar seluar dalam hitam itu kearah wajah Jungkook.

Nasib baik sahaja Jungkook sempat menangkapnya.

"Oh, ada eh? aku tak perasan tadi ehehe" balas Jungkook sambil tersengih menutup malu.

"Dah pergi pakai baju" kata Sooyoung lalu dia berdiri setalah mengambil sarung kaki miliknya yang turut berada dalam laci itu.

"Sayang pakaikan tak boleh ke?" soal Jungkook sambil menjongket kening.

Tanpa membuang masa, Sooyoung terus menunjukkan penumbuknya kepada Jungkook.

"Aku rasa dah lama kita tak WWE" kata gadis itu.

Jungkook tergelak kecil lalu meraup rambut basahnya kebelakang sehinggakan air daripada rambutnya itu terpercik.

"Jeon Jungkook, tolong lap rambut kau elok-elok" kata Sooyoung lalu dia berjalan kearah rak tuala yang terletak bersebelahan dengan almari baju.

Gadis itu mengambil sehelai tuala bersaiz kecil lalu dia berjalan kembali mendekati Jungkook.

Sooyoung menarik kepala Jungkook yang lebih tinggi itu agar dia tunduk. Lantas dia mengelap rambut lelaki itu dengan kasar.

Apa kau fikir orang lap rambut ni akan lap dengan perlahan? Oh, tolonglah.

"Argh, sakit-sakit!" Jungkook mengaduh kesakitan apabila tangan Sooyoung bergerak dengan sangat laju seperti mesin potong rumput yang cuba untuk memotong rambutnya.

"Tulah kau, ada hairdryer tak nak guna" balas Sooyoung sambil tangannya laju mengeringkan rambut jejaka itu.

"Sakit! sakit! Yah! Sooyoung! buatlah perlahan sikit! kau nak kepala aku tercabut ke?!" suara Jungkook melonjak tinggi.

Terus Sooyoung berhenti.

"Ok dah kering, pergi pakai baju" kata Sooyoung lalu dia berjalan keluar daripada bilik itu.

Jungkook memandang kearah Sooyoung yang sedang berjalan keluar itu dengan pandangan tidak puas hati.

"Tom nak merajuklah hari ni!" teriak Jungkook. Sengaja dia mahu si Jerry itu dengar. Biar je dia dengar. Biar je!

TBC

ok, maaf sebabb dah lama tak update.

Dan, maaf untuk chapter yang bosan dan macam sampah ni😭

Siapa masih stay?!

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now