23: Risau

4.7K 859 225
                                    

Creative poster made by
maya-dipity

❤Creative poster made by❤maya-dipity

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡♡♡♡♡

100 votes + 40 comments

Sooyoung memicit perlahan kepalanya. Ujian pertengahan tahun semakin hampir! sudah berapa minggu berlalu dan Jimin bersama otaknya masih lagi ergh! penat nak cakap.

Seolah-olah ada benda yang tersekat di ruangan otak Park Jimin itu. Song Haesoo yang merupakan study partner Jungkook itu, sudah menguasai banyak tajuk dari pelbagai subjek dalam masa beberapa minggu ini.

Padahal sebelum ini, Park Jimin dan Song Haesoo selalu bertukar-tukar tempat kedudukan terakhir dalam ujian.

Tapi! kenapa Haesoo sudah semakin pandai sementara Jimin masih lagi ergh!

Sedangkan, Haesoo dan Jimin turut belajar sekali dengan Sooyoung dan Jungkook. Maksudnya, Haesoo dan Jimin mendapat ilmu yang sama.

Tapi kenapa, si Park Jimin tu masih tak faham-faham?!

"Sooyoung-ah, kau ok?" Jaehee menegur Sooyoung yang kelihatan tertekan itu.

Lantas Sooyoung mengalihkan pandangannya kearah Jaehee.

"Kim Yeondo, study partner kau, ok tak? ada improvement?" soal Sooyoung.

Hampir sahaja Nam Jaehee ternganga, kenapa Sooyoung mengambil berat tentang perkembangan Yeondo walhal, mereka saling membenci.

"A-adalah improvement dia dah boleh jawab soalan yang basic dalam masa yang singkat" balas Jaehee.

Secara tiba-tiba Sooyoung mengusutkan rambutnya.

"Weh, kau ok tak?" sekali lagi Jaehee menyoal.

Memang jarang sangatlah tengok Kang Sooyoung ni tertekan sebab gadis itu amat jarang memikirkan masalah. Dia lebih banyak melupakan masalah.

Sooyoung mengigit kuku ibu jari kanan miliknya sambil  tangan kirinya sibuk meraup rambutnya kebelakang.

Jaehee mengerutkan dahinya, apa yang Sooyoung risaukan sangat ni?

"Siapa study partner kau?" soal Jaehee dengan penuh berhati-hati. Takut silap soalan nanti, mengamuk Sooyoung.

"Jimin, The stupid boy, Park Jimin!" Sooyoung menjawab dengan nada yang amat tinggi sehinggakan satu kelas memandang kearah mereka.

"Sooyoung, kau panggil aku ke?" soal Jimin yang duduk selang tiga barisan dihadapan meja Sooyoung.

Kelihatan wajah Jimin amat terkejut kerana tiba-tiba sahaja namanya dijerit dah lah Jimin sedang cuba menjawab soalan matematik di buku latihan yang Sooyoung belikan itu.

"Abaikan je" balas Sooyoung kepada Jimin.

Jimin hanya mengangguk perlahan lalu kembali menyiapkan soalan matematik itu sementara menunggu cikgu subjek seterusnya masuk.

Jeon Jungkook POV💚

Jungkook yang asalnya sedang membaca buku teks. Tetapi selepas Sooyoung menjerit nama Jimin tu, Jungkook menutup buku teks itu, lalu dia bergerak menuju ke meja Jimin.

Sempat Jungkook melihat seketika wajah Sooyoung di tempat duduk belakang. Nampak sangat Kang Sooyoung sedang stress.

"Yah, Park Jimin" Jungkook memanggil nama rakannya.

Lantas Jimin berpaling kebelakang.

Jungkook menarik kerusi yang kosong berdekatan dengannya lalu dia duduk bersebelahan dengan Jimin.

Jimin mengalihkan pandangannya kearah Jungkook.

"Kenapa Sooyoung tiba-tiba jerit nama kau?" soal Jungkook.

"Manalah aku tahu" balas Jimin lalu mencapai kalkulator miliknya untuk mengira.

Sebenarnya, Park Jimin dapat menghidu aroma cemburu yang ada pada Jungkook itu.

"Jungkook-shi, kalau kau suka Kang Sooyoung, bagi jelah tahu dia" ujar Jimin tanpa memandang kearah Jungkook.

"M-mana ada aku suka dia!" balas Jungkook.

Jimin hanya mengukirkan senyuman mengejek tanpa berkata apa-apa.

"Jungkook-ah" Jimin memanggil lagi.

"Aku tak suka dia lah!" balas Jungkook. Padahal Jimin belum mengemuka kan soalan lagi. Nampak sangat Jungkook menipu.

"Apa benda kau ni, aku nak tanya benda lain lah" kata Jimin.

"Oh, ehehe, kau nak tanya apa?" soal Jungkook sambil keningnya dijongketkan.

"Tadi Kang Sooyoung kata The Stupid Boy, Park Jimin" kata Jimin.

Jungkook hanya mengangguk tanda mengiyakan.

"Stupid tu, apa weh?" soal Jimin dengan wajah yang ingin tahu.

TBC

Pendek sangat ehh chapter ni?

Aku kurangkan target votes, jadi, dapatkan target dan aku akan update secepat yang mungkin sebab aku dalam mood rajin.

Mana tahu, ada double update ke?😂

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now