2: Keputusan

7.3K 1.1K 240
                                    

25 votes + 10 comments

Jungkook dan Sooyoung berjalan menuju ke kelas mereka.

"Aku tahu kau minat dekat aku. Mengaku sajalah" kata Jungkook kepada Sooyoung.

"Euww, perasan kau fikir aku macam perempuan yang lain?" Sooyoung membalas.

Jungkook mengangguk laju, diikuti dengan senyuman mengusik.

"kalau kau masuk hospital hari ini, jangan tanya kenapa" ujar Sooyoung lalu dia mempercepatkan langkah kehadapan.

"Tch" Jungkook berdecit kasar.

"Aku, benci kau. Full stop" kata Sooyoung.

"oh, don't worry. I hate you too" balas Jungkook.

Tahu kenapa Jeon Jungkook dan Kang Suyeon digelar Tom and Jerry Couple?

Perhatikan cerita kartun Tom And Jerry. Selalunya Tom dan Jerry akan bergaduh serta mengenakan pranks sesama mereka. Akan tetapi, ada masa yang mereka baik dan bekerjasama.

Seperti itulah Jungkook dan Sooyoung. Tiada siapa yang dapat agak hubungan mereka. Kadang-kadang rapat dan bergelak tawa. Kadang-kadang bergaduh sampai bertumbuk.

☆☆☆☆

"Kau kena marah lagi?" Song Haesoo menyoal.

Song Haesoo merupakan ahli olahraga sekolah ini dan dia merupakan pelari pecut wanita yang paling digeruni.

"macam tak biasa pula" balas Sooyoung lalu merebahkan kepalanya ke atas meja.

Haesoo mengeluh kecil melihat telatah Sooyoung.

"Macam mana kau boleh pandai walaupun kau banyak main?" Nam Jae Hee yang duduk bersebelahan dengannya itu menyoal.

Nam Jaehee merupakan anak kepada pengarah syarikat pengakutan kapal terbang. Boleh diambil kira yang Jaehee merupakan anak orang berada.

Selain itu, Jaehee merupakan pelajar top 3 disekolah ini. Dia merupakan seorang pelajar yang rajin.

"untuk jadi pandai, kau tak perlu belajar pun. Enjoy je" balas Sooyoung dengan matanya sudah separa tertutup akibat mengantuk.

Jaehee berdecit kecil melihat telatah rakan baiknya itu.

Suasana kelas kembali senyap apabila guru kelas mereka masuk ke dalam kelas.

"hari ini, cikgu nak umumkan keputusan markah kertas sains yang kamu jawab hari tu" kata Cikgu Soo Ahn.

Semua murid kembali senyap, Jaehee sudah berdoa supaya markahnya tinggi.

Manakala Sooyoung sudah tertidur lena dimejanya.

Jeon Jungkook hanya menongkat dagu sambil memandang kearah cikgu Soo Ahn.

"Nam Jaehee, 90%" kata Cikgu Soo Ahn.

Jaehee berdiri dan mengambil kertasnya dihadapan.

Cikgu Soo Ahn mula sebut nama-nama pelajar lain. Setakat ini, markah Jaehee paling tinggi.

"Jeon Jungkook, 95%" kata Cikgu Soo Ahn, yang membuatkan Jaehee terus berpaling memandang kearah Jungkook.

Jungkook  mengorak langkah menuju kehadapan.

Lelaki itu sungguh pandai.

"dan yang terakhir, seperti biasa. Kang Sooyoung. 99%" kata Cikgu Soo Ahn.

"Kang Sooyoung!" Cikgu Soo Ahn mengulang namanya.

Manakala Sooyoung kekal tidur dibelakang.

Cikgu Soo Ahn menggeleng perlahan kepalanya, sudah biasa betul dengan keadaan Sooyoung tidur didalam kelas.

"tolong pass kan kertas ni, cikgu dah malas nak kejut Sooyoung tu" kata Cikgu kepada Jungkook.

Jungkook mencapai kertas itu dan berjalan kearah meja Sooyoung.

Jungkook menjentik kepala Sooyoung dengan kuat yang membuatkan gadis itu terjaga.

"Tahniah" kata Jungkook lalu beredar ke mejanya.

Sooyoung berdiri dari kerusinya. Sooyoung memandang tepat kearah Jeon Jungkook.

"k-kau jentik kepala aku?!"

TBC

Oh wow, aku update 😂

Siapa masih stay? aku nak tahu nii

✔ Tom And Jerry Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin