31: Nickname

4.8K 828 142
                                    

200 votes + 60 comments

Jaehee memandang kearah ibunya yang sedang mengunyah sarapan itu.

Kenapa hari ini ibunya kelihatan aneh?

Biasanya ibunya tidak mengejutkan dia, pembantu rumah yang akan kejutkan dia untuk ke sekolah.

Biasanya, ibunya tidak bersarapan dengannya tapi hari ni, ibunya duduk makan dengannya.

"Jaehee nak tambah lagi ke?" soal ibunya.

Lantas gadis itu menggeleng.

"Tak apalah omma, Jaehee dah kenyang" balas Jaehee.

Bagi Jaehee, hari ni, ibunya sangat menyeramkan. Tiba-tiba sahaja perangai ibunya berubah 100%

Apa yang dah berlaku semalam?

☆☆☆☆

"Jaehee!" panggil Sooyoung sambil berlari kearah gadis itu.

Mereka berdua sedang berjalan dari pintu pagar sekolah menuju masuk ke kawasan sekolah.

"Sooyoung-ah!" balas gadis itu.

"Haesoo-ah!" teriak Jaehee lagi apabila turut melihat kelibat kawannya yang sorang lagi.

Mereka bertiga berjalan bersama sambil berpimpin tangan. Tidak hilang senyuman dibibir mereka.

"Mana Jungkook?" Jaehee menyoal kepada Sooyoung.

"Oh, dia dah datang sekolah awal dulu. Sebab hari ni dia bertugas bersihkan kelas" balas Sooyoung.

Jaehee hanya mengangguk tanda memahami. Sejujurnya, dia amat bersyukur kerana rakannya tidak bercakap tentang kejadian semalam. Tentang terjun bangunan itu.

"Terima kasih, kerana menghormati perasaan aku" bisik hati Jaehee.

"Oh ya, Sooyoung, mak aku kata hari ni, aku boleh join study group dengan kau" kata Jaehee kepada Sooyoung.

"Baguslah tu" balas Sooyoung.

"Tapi.. ada berita tak bagus" sambung Jaehee.

Membuatkan kepala Sooyoung dan Haesoo berpaling kearah Jaehee.

"Yeondo, join sekali, sebab dia pasangan aku.. jadi, aku tak boleh tinggalkan dia... kau tahulah syaratnya, kalau markah pasangan teruk, ia akan menjejaskan markah aku" kata Jaehee dengan berleret-leret.

Takut Sooyoung menyampah pula dengan kehadiran Yeondo.

"Tak apalah kalau macam tu, biar je dia join, aku dah malas nak gaduh" ujar Sooyoung.

"Weh, apa yang kau cakap dekat mak aku semalam? tiba-tiba lain betul perangai mak aku tu" soal Jaehee kepada Sooyoung.

"ehehehe, adalah sikit perkara yang kami bincangkan semalam" balas Sooyoung dengan jawapan yang samar-samar. Dia tidak mahu memberitahu Jaehee, kalau boleh.

"Siapa lagi ada nanti?" soal Jaehee.

"Aku, kau, Haesoo, Jungkook, The stupid boy Park Jimin dan Yeondo" kata Sooyoung.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now