24: Hafal

4.6K 724 152
                                    

108 votes + 45 comments

"Stupid tu, apa weh?" Jimin menyoal dengan wajah yang ingin tahu.

Jungkook terkesima dengan soalan Jimin itu.

Lalu Jungkook menepuk perlahan bahu milik Jimin sebelum dia berdiri dan menuju ke tempatnya semula.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa Park Jimin ini seorang bad boy, mungkin pada mulanya anda turut berfikir begitu.

Akan tetapi, perwatakan Jimin sebenarnya agak blur dan kadang-kala innocent tak bertempat. Park Jimin merupakan anak tunggal kepada pengarah syarikat kereta berjenama KIA . Seperti yang anda tahu, hubungan Jimin dan bapanya sebelum ini agak dingin.

Disebabkan sebelum sampailah selepas kematian ibu Jimin, ayahnya sangat jarang berada dirumah. Hal itu membuatkan Jimin terasa seperti berdendam dengan ayahnya.

Jadi, Jimin berpindah keluar dari rumah ayahnya lalu dia belajar hidup sendiri. Disebabkan Jimin sudah berkerja sambilan di kedai-kedai runcit, jadi dia selalu tidak hadir ke sekolah. Oleh itu, pelajarannya merosot.

Syukurlah, Jungkook dan Sooyoung berjaya rapatkan semula hubungan Jimin dengan ayahnya, jadi sekarang Park Jimin sudah kembali tinggal rumah agam milik ayahnya.

Dan Jimin sudah berhenti melakukan kerja sambilan supaya dia dapat pergi sekolah dengan normal semula.

Itulah, kisah serba sedikit tentang Park Jimin.

☆☆☆☆

Kang Sooyoung POV💚

"Cikgu, kalau pasangan saya tak dapat markah yang baik untuk ujian nanti, ada cara lain tak untuk saya naik kan markah sahsiah saya semula?" soal Sooyoung.

Ya, Kang Sooyoung seolah-olah sudah berputus asa dengan Park Jimin.

"Awak boleh buat kerja sukarelawan untuk beberapa minggu, tapi saya tak pasti sama ada awak boleh dapat gred sahsiah yang setaraf" balas cikgu Soo Ahn.

Sooyoung mengeluh kecil apabila jawapan yang diberi oleh cikgu itu tidak dapat menenangkan hatinya.

"Terima kasih, cikgu" kata Sooyoung lalu menunduk hormat. Dia berjalan keluar dari bilik guru.

Kang Sooyoung berjalan menuju ke kelasnya. Dia mengerling kearah jam tangannya, tinggal lagi beberapa minit nak balik, dan waktu sekarang tiada guru dalam kelas memandangkan Cikgu yang mengajar subjek Geografi tidak datang.

"Kang Sooyoung!" satu suara berteriak namanya.

Ya, Sooyoung kenal suara ini. Park Jimin.

Sooyoung berpaling kebelakang untuk memandang kearah Jimin. Sebenarnya, kalau boleh Sooyoung tidak mahu memandang wajah lelaki itu, hanya membuatkan dia rasa naik angin.

"Kau nak apa?" balas Sooyoung secara dingin.

"Aku dah hafal!" teriak Jimin dengan nada riang.

"Hafal apa?" Sooyoung tidak memahami maksud Jimin itu.

Jimin berlari mendekati Sooyoung sambil tersenyum sehinggakan matanya tidak kelihatan.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now