34: Segi Tiga

4.7K 735 371
                                    

201 votes + 100 comments

Ibu Sooyoung yang sedang bekerja itu, bergegas datang ke sekolah sebaik sahaja mendapat panggilan dari pejabat tentang keadaan anaknya.

Jungkook dan Jaehee serta Haesoo hanya memandang kearah Sooyoung yang terbaring diatas katil yang terletak didalam bilik kesihatan sekolah.

Apabila ambulans datang tadi, pembantu perubatan terus memeriksa keadaan Sooyoung. Nasib baik sahaja Sooyoung hanya makan sedikit sahaja udang itu.

Jadi tidaklah teruk mana setelah diberikan anti-histamin iaitu Piriton. Ubat itu membuatkan bengkak di badan Sooyoung mula surut dan membaik.

Disebabkan bengkaknya mula surut, dia tidak mahu pergi ke hospital.

Park Jimin yang baru sahaja menerima berita tentang Sooyoung itu terus berlari menuju ke bilik kesihatan.

Sebaik sahaja Jimin membuka pintu bilik kesihatan itu, terlihat Sooyoung sedang terbaring diatas katil tetapi dia sudah sedar. Ibunya sedang duduk di kerusi bersebelahan dengan katil itu.

Manakala Haesoo, Jaehee dan Jungkook sedang berdiri berdekatan dengan katil itu.

"Apa yang dah berlaku?" soal Jimin.

Semua memandang kearah Jimin yang baru sahaja tiba itu.

☆☆☆☆

"Kau ni degil lah, pergi jelah, hospital" Jungkook mula bersuara selepas ibu Sooyoung sudah keluar dari bilik kesihatan itu, dia perlu kembali ke tempat kerja, memandangkan waktu berkerjanya masih belum tamat.

"Biar jelah, aku dah baik kan, yang kau nak bising ni apahal?" balas Sooyoung.

"Dah lah, eish, asyik bergaduh je korang ni" Haesoo menegur.

Manakala Jaehee pula sedang sibuk menerangkan kepada Jimin apa yang berlaku tadi.

"Korang semua tak nak masuk kelas ke?" soal Sooyoung sekali gus menukar topik perbualan.

Lantas Jimin melihat jam tangannya. Waktu rehat dah tamat 15 minit yang lepas. Aduhai!

Jimin mula memandang kearah Sooyoung dengan pandangan bersalah. Kang Sooyoung memandang wajah Jimin lalu berkata

"pergi jelah, aku boleh jaga diri sendiri" ujar Sooyoung.

Jungkook memandang kearah Sooyoung lalu Sooyoung berpaling kearah Jungkook yang sedang berdiri disebelahnya.

"Relax, aku boleh duduk sorang lah" kata Sooyoung lalu menumbuk perlahan dada bidang milik Jungkook.

"Kitorang pergi dulu tau" laung Haesoo sambil melambai kearah Sooyoung.

Sooyoung melambai kembali kearah mereka sebelum semua rakan-rakannya keluar dari bilik kesihatan itu.

Kang Sooyoung menyandarkan kepalanya pada tiang katil. Dahinya berkerut apabila teringat kesakitan yang dia rasai tadi.

Hampir sahaja dia mahu mati, kalau Jungkook tiada disitu, sudah pasti dia akan mati.

☆☆☆☆

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now