18: Belasah

4.7K 802 111
                                    

100 votes + 30 comments

Jungkook dan Sooyoung sudah bersiap sedia untuk menumbuk remaja-remaja yang tak faham bahasa itu.

"Ahahaha" semua remaja tidak berguna itu mengetawakan mereka berdua.

"Kau nak mula dulu?" soal Jungkook kepada Sooyoung.

"Dengan segala hormatnya" balas Sooyoung lalu mendekati seorang lelaki yang berbadan gempal.

Makin kuat tawa remaja jalanan itu.

Dush!

Satu tumbukkan padu daripada Sooyoung yang kena tepat pada wajah lelaki itu. Sehinggakan dia hilang keseimbangan lalu rebah ke lantai.

Kang Sooyoung membetulkan posisinya lalu berundur kebelakang.

"Jeon Jungkook, giliran kau pula" kata Sooyoung.

Jungkook mula melangkah mendekati mereka.

Seorang remaja lelaki yang berambut perang cuba menumbuk Jeon Jungkook. Lantas Jungkook mengelak lalu menendang punggung lelaki itu.

Akibat tendangan yang kuat itu, lelaki itu tidak mampu  berdiri lagi. Mungkin tulang punggungnya sudah retak akibat tendangan Jungkook itu.

Dua orang sudah jatuh tersungkur, tinggal lagi tiga orang yang perlu ditewaskan.

Tiga remaja itu mula melakukan serangan serentak terhadap Jungkook dan Sooyoung.

Lantas Jungkook dan Sooyoung menumbuk perut mereka.

Tinggal lagi seorang yang masih belum mengaku kalah.

Sooyoung mendekati lelaki itu lalu menampar wajahnya. Terus lelaki jatuh tersungkur.

Jungkook mengerutkan dahinya akibat tahu rasa sakit apabila ditampar oleh Sooyoung.

Jungkook mengambil begnya dan beg Sooyoung lalu dia menghulurkan beg milik gadis itu.

Sooyoung mencapai begnya lalu dia menghalakan tapak tangan kanannya kepada Jungkook untuk high five.

Jeon Jungkook membalas high five itu sambil tersenyum.

"Aku lapar" kata Sooyoung.

Lantas Jungkook meraut kepala Sooyoung agar berada dibawah lengan kanannya.

"Jom makan tteokbokki dekat rumah aku" kata Jungkook sambil menyekeh kepala Sooyoung itu.

"Aduh! sakitlah setan!" marah Sooyoung.

☆☆☆☆

Jungkook membawa pinggan yang berisi tteokbokki ke meja makan. Syukur sahaja ibunya memasak kek beras pedas tadi.

"Nah, makanlah" kata Jungkook kepada Sooyoung sebaik sahaja pinggan itu diletakkan diatas meja.

Sooyoung mencapai lidi lalu mencucuk kek beras pedas itu. Tanpa segan silu, dia terus memakannya.

Jungkook mula mencapai lidi yang lain lalu turut mencucuk kek beras pedas itu.

"Mana ibu kau?" soal Sooyoung.

"Dia pergi hantar bekal dekat ayah aku, kejap lagi dia balik lah tu" kata Jungkook.

Kang Sooyoung hanya mengangguk tanda memahami apa yang disampaikan itu lalu dia menyambung aktiviti makannya itu.

"Sooyoung-ah" Jungkook memanggil gadis itu.

Sooyoung mengalihkan pandangannya kepada rakannya itu.

"Kau, suka lelaki yang macam mana?" soal Jungkook.

TBC

Baiklah, siapa tak ok sekarang ni?

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now