21: Headache

5K 796 257
                                    

105 votes + 30 comments

"Kalau 6x sama dengan 30. Jadi, x sama dengan?" soal Sooyoung kepada Jimin.

"3 kot?" balas Jimin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Park Jimin!" teriak Sooyoung akibat geram dengan lelaki itu.

Kang Sooyoung menggurut kepalanya disebabkan perangai Jimin itu. Pening kepala dibuatnya.

"Berapa jawapan dia, Haesoo?" Jungkook pula menyoal gadis itu.

Haesoo masih lagi berusaha untuk mengira supaya dapat jawapan.

"5 kan?" soal Haesoo untuk kepastian.

Lantas Jungkook mencubit pipi milik Sooyoung sambil tersenyum kerana jawapan Haesoo itu betul.

"Akhirnya! lepas 30 kali aku ulang, akhirnya kawan kau faham jugak pasal algebra ni!" ujar Jungkook dengan nada  teruja.

"Oi! apahal kau cubit pipi aku pulak!" marah Sooyoung lalu menolak bahu Jungkook supaya menjauhinya.

Jungkook mengusap perlahan belakang tengkuknya sambil tersenyum. Malu katanya.

Semua memandang kearah jam yang tergantung pada dinding itu.

Sudah pukul 2 pagi dan mereka baru sahaja belajar 2 tajuk itu pun Jimin masih belum faham-faham. Dah 6 jam belajar sejak pukul 9 malam tadi tapi hasilnya masih sama.

"Kepala aku sakitlah, jomlah tidur dulu. Esok kita sambunglah" Jimin merungut sambil memicit kepalanya.

Mahu sahaja Sooyoung smackdown si Jimin itu. Siapa sahaja yang tidak geram dengan perangai macam tu, sungguh menjengkelkan.

Jungkook dan Sooyoung saling berpandangan.

"Jawab dulu soalan aku, kalau betul baru boleh tidur" balas Sooyoung.

Jimin merebahkan kepalanya diatas meja itu. Otaknya sudah sesak.

"Too much information, you know?" Jimin merungut lagi.

Baru sahaja Sooyoung ingin melambung Jimin dari kerusi, cepat-cepat Jungkook menghalang. Bukan boleh buat main tahap kesabaran Sooyoung ni. Tak pasal-pasal ada kes pembunuhan berlaku.

☆☆☆☆

Sooyoung memembuka matanya perlahan apabila dia terjaga dari tidurnya.

Gadis itu mengangkat kepalanya dari meja lalu dia memandang sekeliling. Semua rakannya sedang tidur sambil kepala rebahkan keatas meja.

Tiada seorang pun yang berganjak tidur disofa akibat penat sangat jadi semua mengambil keputusan untuk terlelap di meja itu sahaja.

Kang Sooyoung mula bergerak kearah tandas untuk memberus gigi lalu dia menuju ke dapur untuk membuat sarapan pagi.

Jeon Jungkook POV 💚

Jungkook membuka matanya apabila terdengar bunyi air mengalir di dapur. Lelaki itu berjalan menuju kearah bunyi tersebut. Jimin dan Haesoo yang masih tidur itu dibiarkan sahaja.

"Awalnya kau bangun" ujar Jungkook sebaik sahaja melihat kelibat Sooyoung di dapur.

Terangkat bahu Kang Sooyoung akibat terkejut dengan tindakan Jungkook yang tiba-tiba itu. Nasib baik tak terpelanting pinggan ke lantai.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now