27: Faham

4.6K 810 224
                                    

115 votes + 40 comments

Jeon Jungkook POV💚

Jungkook berjalan menuju ke rumah Sooyoung.

Pintu rumah gadis itu diketuk oleh Jungkook. Setelah beberapa saat pintu itu dibuka oleh Ibu Sooyoung.

"Oh, Jungkook-ah, masuklah" ibu Sooyoung mempelawa Jungkook untuk masuk kedalam.

Jungkook menunduk hormat sebelum berjalan masuk ke dalam rumah.

"Sooyoung ada dalam bilik dia, duduklah dulu, mak cik panggilkan Sooyoung kejap ya" ujar Puan Kang.

Jungkook hanya mengangguk perlahan lalu dia mula melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu milik rumah Sooyoung itu.

Setelah beberapa detik berlalu, bunyi pintu bilik ditutup lantas Jungkook berpaling kebelakang untuk melihat.

Sooyoung sedang berjalan kearahnya.

"Macam mana soalan matematik tadi? susah tak?" soal Sooyoung sebaik sahaja mengambil tempat duduk di sofa berhadapan dengan Jungkook.

Yalah, tadi Kang Sooyoung sempat jawab kertas Sains je, Matematik mana sempat.

"Senang je" balas Jungkook.

"Tch, buat apalah aku pergi tanya kau, kau pandai, memanglah senang" balas Sooyoung sambil menayangkan wajah menyampah.

"Macam kau tu bodoh sangat je" balas Jungkook bersama senyuman mengejek.

Sooyoung tergelak kecil disebabkan kata-kata Jungkook seolah-olah mengejek diri sendiri.

"Sooyoung-ah, aku nak tanya ni" Jungkook mula menukar topik perbualan.

"Pasal tadi ke?" Sooyoung meneka.

Jungkook menganggguk laju, dia mahukan penjelasan.

"Aku bagitahu kau, tapi janji jangan bagitahu Haesoo" kata Sooyoung.

Jungkook hanya mengangguk.

"Pagi tadi, meja aku tak stabil, Nam Jaehee tolong selitkan kertas bawah kaki meja aku sebab nak bagi meja tu stabil. Kau tahulah, hukum fizik, keseimbangan bergantung pada keadaan tapak dan tinggi" kata Sooyoung dengan nada bersahaja.

"Then?" soal Jungkook.

"Rupanya kertas yang Jaehee letak tu ada nota sains. Sumpah, aku tak tahu pun dalam kertas tu ada nota dan baru aku sedar, Jaehee perangkap aku" ujar Sooyoung.

"J-Jaehee yang buat?!" satu suara lain datang dari arah pintu.

Pintu tadi puan Kang tidak tutup dia biarkan terbuka sahaja.

Lantas Jungkook dan Sooyoung berpaling kearah suara yang datang dari muka pintu itu.

"H-Haesoo" kelu lidah Sooyoung.

Lantas Haesoo memecat kasutnya dan berlari kearah Sooyoung.

Kepala Sooyoung ditarik mendekati badannya lalu Haesoo memeluknya dengan erat.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now