5: Terasa

6.2K 965 146
                                    

110 votes + 35 comments

"Pulangkan balik getah aku,sial!" Teriak Sooyoung.

"Kau ni! Getah rambut buruk tu je pun! Tak akanlah kau tak ada getah lain?!" Bentak Jungkook. Jujur dia bengang dengan situasi ini.

"G-getah rambut buruk?!" Suara Sooyoung begegar.

"Bukan mati pun kalau kau tak ikat rambut!" Kata Jungkook lagi.

"Ok, fine " kata Sooyoung lalu membuka paip utama itu kembali.

Jungkook terkedu seketika. Mengapakah Sooyoung terasa dengan kata-katanya tadi? Sebelum ini mereka selalu bergurau kasar. Tapi tidak pernah pula sampai terasa.

"Yah! Kang Sooyoung!" Jungkook memanggil dari tingkap biliknya itu.

Sooyoung hanya mengabaikan panggilan itu, sebaliknya dia terus berjalan menuju ke pintu rumahnya.

☆☆☆☆

"Ayah, Ada orang kata getah rambut yang ayah bagi tu buruk" Sooyoung mengadu pada bingkai gambar ayahnya itu.

"Ayah kata nak, Sooyoung simpan rambut panjang supaya boleh guna getah ikat rambut yang ayah bagi tu. Tapi, getah tu pun dah tak ada. Dah tak ada sebab untuk Sooyoung simpan rambut lagi, kan?" Kata Sooyoung sendiri sambil merenung bingkai gambar itu.

Ya, memang dari kecil Sooyoung hanya menggunakan seutas getah rambut. Getah rambut yang mendiang ayahnya hadiakan kepadanya.

Oleh sebab itu, Sooyoung menyimpan rambut panjang sehingga melepasi paras bahu.

Kang Sooyoung meletakkan bingkai gambar itu ketepi, lalu sebilah gunting dicapainya.

Gadis itu merenung cermin yang tergantung itu.

Dia, mula memotong rambutnya sendiri.

Jeon Jungkook POV 💚

Jungkook melihat ke arah jam dinding yang tergantung di rumahnya itu. Sudah masuk waktu makan malam.

"Jungkook, pergi jemput Sooyoung datang makan, ibu dia dah pergi kerja" kata ibu Jungkook.

Sudah menjadi perkara biasa yang Kang Sooyoung akan makan malam di sini kerana ibunya selalu tiada di rumah.

Jungkook hanya akur dan berjalan menuju ke pintu keluar rumah.

☆☆☆☆

Jungkook mengetuk pintu rumah Sooyoung itu.

"Kang Sooyoung!" Panggil Jungkook.

Setelah beberapa detik, akhirnya pintu rumah Sooyoung itu dibuka.

Alangkah terkejutnya Jungkook melihat gaya rambut gadis itu.

"S-sejak bila kau potong rambut?" Lantas Jungkook menyoal.

"Tadi" ringkas sahaja Sooyoung membalas dengan nada mendatar.

"Kau potong.. sebab pasal getah rambut tu ke?" Jungkook menyoal.

Sooyoung hanya mendiamkan diri, masih lagi dia menunggu untuk Jungkook memohon maaf.

"Y-yang pasal petang tadi, aku nak minta maaf. Aku tak tahu pula yang kau akan sakit hati" kata Jungkook lagi.

"S-sebab kita berdua kan memang dah selalu bergurau kasar macam tu" kata Jungkook lagi.

"Relekslah, aku pun tak nak tawar hati lama sangat" balas Sooyoung lalu menumbuk perlahan bahu Jungkook.

"Memang aku agak terasa bila kau kutuk getah rambut yang ayah aku bagi tu, cuma kalau lama sangat aku merajuk. Takut kau bosan tak ada kawan pula" balas Sooyoung.

"Yalah, kau mana ada kawan lain. Selain aku" kata Sooyoung lagi.

"Maaf tau.." Jungkook rasa bersalah bila dapat tahu tentang getah rambut itu.

"Jadi, cantik tak aku berambut pendek?" Sooyoung menyoal.

Jungkook mengecilkan matanya, ala-ala menilai rambut Sooyoung itu.

"Sama je" kata Jungkook.

"Apa yang sama?" Sooyoung menyoal.

"Tetap buruk dan hodoh" ujar Jungkook.

"Dahlah, aku nak sambung merajuk" kata Sooyoung.

"Sambunglah merajuk kau tu, mak aku ajak makan malam. Kalau kau nak merajuk tak payah datang makan tau" kata Jungkook lalu berjalan meninggalkan Sooyoung.

"Yah! Tunggu! Aku tak jadi merajuk! Tunggulah sial!" Teriak Sooyoung.

☆☆☆☆

Sooyoung mencari buku teks biologi di dalam lokernya.

"Oh, Kang Sooyoung gadis pembuat masalah dah potong rambut" tegur satu suara dari arah belakang.

Sooyoung hanya menghembuskan nafas berat.

"Datang dah attention seeker tu" kata Sooyoung perlahan.

"Tak cukup menyusahkan Jungkook oppa, nak tarik perhatian dengan potong rambut pula ke?" Kata Kim Yeondo. Si Gadis yang tergila-gilakan Jungkook.

"Oh, kau rasa rambut ni menarik lah?" Balas Sooyoung.

"Semestinya tidak" balas Yeondo.

"Jadi, abaikan jelah" balas Sooyoung lalu kembali menutup pintu lokernya setelah menjumpai buku teksnya.

"Kalah lah tu" balas Yeondo.

Sooyoung hanya mengehela nafas berat.

"Yah, Kim Yeondo. Beat markah exam aku sebelum kau nak cari fasal dengan aku" akhirnya keluar juga ayat pedas dari mulut Sooyoung.

"Boek lah Sooyoung!" Kata Haesoo selaku rakan baik Sooyoung.

"Hodoh sial perangai perempuan tu" kata Sooyoung lalu berjalan mendekati Haesoo.

Yeondo menghentak kakinya ke lantai tanda tidak puas hati.

Tidak pula Sooyoung tahu yang rakan baiknya sorang lagi, Nam Jaehee itu turut terasa dengan kata-kata Sooyoung tadi.

TBC

Lama betul aku tak update!
Siapa lagi yang ada ni?!








✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now