29: Terjun

4.5K 737 228
                                    

150 votes + 40 comments

Yeondo mengusap perlahan bahu milik Jaehee untuk memujuk gadis itu. Lantas Jaehee menepis tangan Yeondo.

"Jangan sentuh aku, jijik tahu?" ujar Jaehee lalu berjalan meninggalkan Yeondo di ruangan kantin itu, Nam Jaehee mengelap air matanya yang jatuh ke pipi.

☆☆☆☆

Dua minggu telah berlalu, dan peperiksaan telah tamat. Cikgu pun telah siap menanda kertas soalan.

Hari ini merupakan hari pengumuman keputusan peperiksaan pertengahan tahun.

Kang Sooyoung hanya menongkat dagu memandang kearah papan kenyataan kelas yang sudah dikelilingi dengan murid-murid tu.

Buat apa dia nak tengok keputusan, kalau dia sudah tahu yang tempat terakhir ialah dirinya.

Kang Sooyoung hanya mampu menayangkan wajah tidak berperasaan apabila classmates sedang mengumpat tentang dia meniru hari tu.

Dah lah mengumpat dengan suara yang kuat, agak-agaklah.

"Kalau boleh, kuatkan lagi suara nak mengumpat tu. Memang semua orang tak boleh dengar!" suara Jungkook menerjah semua suara yang lain.

Sooyoung memandang kearah jejaka itu.

Jeon Jungkook mengedipkan mata kanannya kepada Sooyoung sambil tersenyum. Laju sahaja Sooyoung mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Weh, apa ni?

"Weh, Sooyoung!" suara Jimin semakin mendekatinya, bermaksud Park Jimin sedang berlari kearahnya.

"Cuba teka, aku dapat nombor berapa?" soal Jimin dengan muka yang ceria.

"Satu? eh, tu tempat Jungkook. Mungkin, dua?" balas Sooyoung.

Terus berubah riak wajah Jimin. Dia mula menarik muncung kecil, kedua-dua jari telunjuknya dilagakan.

"Eish, tak adalah masuk top 10" kata Jimin dengan nada perlahan. Entah mengapa dia rasa terbeban bila Sooyoung meletakkan harapan yang tinggi kepadanya.

"Alahai, kau bagitahu jelah kau dapat nombor berapa" kata Sooyoung yang sudah mengaku kalah nak melayan perangai Jimin ni.

"Nombor 20!" kata Jimin dengan bersemangat.

Sooyoung hanya tersenyum senang. Sekurang-kurangnya Park Jimin ada kemajuan.

"20 per 30, not bad, right?" balas Sooyoung.

Sebelum ni Jimin selalu dapat tempat ke- 29 atau ke-30.

Inilah kali pertama dia dapat tempat ke-20.

"Sooyoung, kau tak kisah ke dapat tempat terakhir?" Jimin  menyoal. Ialah, selama ni Sooyoung selalu dapat tempat pertama dan kedua je. Itu pun selalu bertukar-tukar tempat dengan Jeon Jungkook.

"relekslah, sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman jadi tempat terakhir dalam kelas" balas Sooyoung.

"Jadi, apa perasaan kau bila dapat tempat terakhir?" Jimin menyoal.

"Tak ada rasa apa, sebab aku dah biasa dapat tempat teratas" balas Sooyoung.

"Belagak sia dia ni" kata Jimin lalu tergelak kecil.

"Haesoo dapat tempat ke berapa?" Sooyoung menyoal.

"Ke-18" Jimin menjawab.

"Siapa dapat tempat pertama?" Sooyoung menyoal lagi

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now