32: Overprotective

5.4K 805 450
                                    

200 votes + 50 comments

"Aku Tom dan Sooyoung ni Jerry aku" kata Jungkook.

Semua memandang kearah Jungkook dengan padangan pelik.

Hanya Jaehee dan Sooyoung yang tahu apa yang dimaksudkan Jungkook oleh kerana mereka bertiga bersama semasa perbualan itu.

"Apa kau merepek ni?" balas Namjoon.

"Oh, kau tak tahu yang kitorang ni pasangan Tom and Jerry?" soal Jungkook. Rasanya satu sekolah sudah tahu tentang mereka berdua.

"Iya, yang tu aku tahu. Masalahnya apa kena-mengena dengan situasi sekarang ni?" soal Namjoon.

"Aku sedang protect Jerry aku daripada kau" kata Jungkook.

Sooyoung sudah mahu menyorokkan mukanya dalam tong sampah kelas. Kawan siapa ni? Dia tak kenal.

"Sudahlah weh, aku lapar ni" Sooyoung menyampuk perbalahan antara Jungkook dan Namjoon.

Makin dibiar, makin membodoh jawapan yang Jungkook bagi.

"Apa maksud kau? Sooyoung, Jerry kau?" Namjoon masih menyoal tanda tidak berpuas hati dengan jawapan berbelit yang Jungkook berikan.

"Maksudnya, Sooyoung dah tak single" balas Jungkook sambil menjelirkan lidahnya. Kang Sooyoung sudah memejamkan matanya, malu sungguh dapat kawan bongok macam ni.

Mahu sahaja Namjoon menumbuk wajah Jungkook. Cepat-cepat Seokjin menghalang.

"Sudahlah weh" Seokjin memujuk rakannya itu.

Jimin yang tadi sudah pergi ke kantin, tapi dia berpatah balik ke kelas sebab mahu rehat bersama Jungkook dan Sooyoung.

Park Jimin datang mendekati Jungkook, Sooyoung, Jaehee, Haesoo dan dua orang lagi lelaki yang Jimin tidak tahu namanya.

"Jomlah rehat" kata lelaki yang tag namanya tertera 'Seokjin'

Kawannya hanya menurut Seokjin pergi.

Jimin memandang kearah wajah Jungkook yang sedang mengembungkan pipi kanannya sambil dahinya berkerut menunjukkan dia tidak berpuas hati.

"Korang,apa yang berlaku?" soal Jimin sebaik sahaja mendekati mereka.

Mereka semua memandang kearah Jimin.

☆☆☆☆

Nam Jaehee POV💚

"Yeondo, petang ni aku nak study dengan Sooyoung, kau nak join tak?" soal Jaehee dari tempat duduknya.

Malas nak bazirkan tenaga pergi ke meja Yeondo.

"Tak nak" balas Yeondo.

Dengan segera Jaehee memandang Sooyoung untuk memberitahu sahabatnya itu. Tapi, Sooyoung sudah tidur di mejanya lalu Jaehee mengalihkan pandangannya kearah Jungkook pula.

"Jungkook, Yeondo tak nak join study group tu" Jaehee memaklumkan kepada Jungkook yang sedang membaca buku komik ditempat duduknya.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now