33: Bertahan

4.8K 812 330
                                    

200 votes + 60 comments

"Jadi Kang Sooyoung, jawablah, kau cemburu ke?" soal Jungkook sambil berpeluk tubuh matanya memandang tepat kearah Sooyoung.

Jimin yang memang tak faham apa-apa sejak awal tadi tu hanya memandang kearah Haesoo dengan pandangan 'apa yang berlaku ni weh?'

Haesoo menggerakkan mulutnya tanpa mengeluarkan sebarang suara "Nanti aku bagitahu"

Semua memandang kearah Sooyoung. Yeondo sudah berdecit kerana Sooyoung tidak memberikan apa-apa jawapan.

"Jungkook tanyakan? jawablah, tu pun nak kena ajar ke" kata Yeondo sinis.

Mahu sahaja Nam Jaehee lempar meja perpustakaan itu ke wajah Yeondo. Jeon Jungkook tanya Kang Sooyoung yang si Yeondo nak menyibuk tu kenapa?

Jungkook hanya menjongketkan kening kanannya. Menandakan dia sedang menunggu jawapan daripada Sooyoung.

Kang Sooyoung masih mengekalkan riak bersahaja. Walaupun dalam hatinya dah macam naik gila. Kenapa semua nak expose dirinya ni?

"Alasan aku, sama macam kau" akhirnya Sooyoung menjawab.

"Maksud kau?" soal Yeondo. Eih, apahal dia ni pula yang melebih bertanya?

"Aku Jerry, Jungkook ni Tom aku" balas Sooyoung dengan penuh selamba.

Yeondo masih tidak memahami apa-apa. Manakala Haesoo dan Jaehee sudah menahan gelak, berair sudah mata mereka akibat menahan tawa disebabkan melihat Sooyoung dan Jungkook sungguh comel!

Park Jimin masih tidak memahami apa yang sedang berlaku.

"Maksud aku, dalam situasi sekarang ni, aku tengah protect Tom aku daripada kau" kata Sooyoung sambil memandang kearah Yeondo.

Jungkook hanya memandang kearah Sooyoung dengan pandangan kosong. Gadis itu sedang memerlinya atau sedang memberitahunya yang dia sukakan Jungkook.

"Apa maksud kau, hah?!" Yeondo mula hilang sabar.

Jaehee dan Haesoo yang sudah kembali ke alam realiti itu mula menyedari yang mereka berada dalam perpustakaan. Kalau bising sangat nanti, mesti kena halau.

"Ah, 3 darab 7 berapa ya?" Jaehee menyoal supaya topik perbualan berubah. Walaupun sebenarnya Jaehee tahu 3×7 sama dengan 21.

"Aku tahu! aku tahu!" balas Jimin dengan penuh teruja.

Jaehee memandang kearah Jimin.

"21!" jawab Jimin. Jaehee hanya tersenyum lalu mengatakan terima kasih.

Sooyoung memandang tepat kearah wajah Jaehee seolah-olah sedang mengatakan 'seriously, kau tanya soalan macam tu?'

Nam Jaehee tu seorang yang pandai, tak akanlah 3×7 pun dia tak tahu.

Jaehee pula mengerutkan dahi lalu mulutnya bergerak tanpa mengeluarkan suara 'aku tengah cuba tolong kau dari dimalukan, tahu tak?'

Sooyoung terus mengangkat thumbs up apabila menyedari yang dia sedang diselamatkan.

☆☆☆☆

Sudah beberapa bulan berlalu, tinggal lagi beberapa hari sebelum mereka menempuh peperiksaan akhir tahun dan tinggal lagi sebulan sebelum mereka menempuhi CSAT.

Terima kasih kepada Sooyoung dan Jungkook. Sekarang Jimin dan Haesoo semakin pandai.

Ibu bapa Haesoo dan ayah Jimin tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih kepada Jeon Jungkook dan Kang Sooyoung kerana membantu anak mereka dalam pelajaran.

Sekarang waktu rehat, seperti biasa Jaehee tidak lepas daripada membaca buku nota sambil mengunyah makanan.

Manakala Sooyoung dan Haesoo sedang makan dan berbual-bual tentang perkara yang tidak penting.

Tiba-tiba kunyahan Sooyoung terhenti. Dia diam buat sementara.

Jaehee segera memandang kearah Sooyoung apabila bunyi hembusan nafas Sooyoung mula bertukar pelik.

Haesoo melihat kearah makanan hari ini, dia memerhatikan dengan rapi.

Ya tuhan! ada udang! saiz udang itu dipotong kecil-kecil membuatkan mereka semua tidak menyedarinya.

Kang Sooyoung alahan dengan udang. Tahu bukan?

Jaehee mula panik, manakala Haesoo sudah berlari keluar dari kawasan kantin untuk mendapatkan bantuan di pejabat sekolah.

"Sooyoung, bertahan!" itu sahaja yang Jaehee mampu ungkapkan.

Wajah Sooyoung mula bertukar merah, dibahagian lehernya sudah timbul ruam-ruam merah. Dia semakin hilang nafas akibat saluran pernafasannya tersekat.

Lantas Jaehee menelefon ambulans. Pelajar yang lain mula mendekati Sooyoung untuk melihat apa yang berlaku.

Kang Sooyoung tidak mampu berkata apa-apa sebaliknya dia terus mencengkam lehernya sendiri akibat sakit dengan perubahan badannya.

Tiba-tiba sahaja Jungkook muncul disebalik murid-murid yang berkumpul itu.

"Jungkook! Sooyoung termakan udang!" Jaehee terus melaporkan kepada Jungkook apa yang sedang berlaku.

"Kau dah telefon ambulans?" soal Jungkook lalu mencempung badan Sooyoung.

Jaehee mengangguk laju. Lantas Jungkook berlari kearah bilik kesihatan sambil tangannya erat memeluk Sooyoung agar tidak jatuh.

"Sooyoung, tolonglah bertahan buat seketika"

TBC

Yang pertama sekali, maafkan aku sebab update lambat. Maafkan tak?

Yang kedua, maafkan aku sebab cerita ni makin bosan. Maafkan aku tak?

Yang ketiga, aku nak buat double update kalau target sampai harini. Boleh tak?



✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now