9: Kawan

5.7K 930 126
                                    

60 votes + 15 comments

"aku minta maaf" kata Sooyoung kepada Jaehee.

Jaehee memandang wajah rakannya itu.

"maaf sebab aku tak dapat jadi kawan yang baik untuk kau, aku tak dapat lindungi kau dan aku minta maaf sebab tak ada disisi kau bila kau memerlukan seorang peneman" kata Sooyoung dengan penuh ikhlas.

Memang Jaehee dan Haesoo merupakan antara orang yang penting dalam hidupnya. Sejak sekolah rendah lagi mereka bersama.

Haesoo mengesat air matanya lalu menampar perlahan bahu Jaehee.

"Janganlah menangis, kan aku dah menangis sekali" kata Haesoo lalu tersenyum tipis.

"Koranglah ni, habis rosak make-up aku" kata Jaehee.

"Kantoi lah pakai make-up datang sekolah" kata Haesoo.

"Entah, dah lah kau yang menangis dulu. Tak guna, aku dah menangis sekali" kata Sooyoung setelah dia selesai membasuh wajahnya disinki tandas itu.

Serentak mereka bertiga tertawa.

"sakailah dia ni" kata Haesoo dan mereka bertiga melangkah keluar dari tandas itu.

☆☆☆☆

"Jungkook-ah, aku nak pergi rumah Jimin lepas balik sekolah ni. Kau nak ikut tak?" Sooyoung menyoal lelaki itu.

"kenapa kau nak pergi rumah dia pula?" Jungkook menyoal secara dingin sementara tangannya mengemas buku-buku teks miliknya dibawah meja itu.

"dia dah janji nak datang sekolah, tapi dia mungkiri, sial betul perangai" kata Sooyoung.

"tak nak, aku nak balik rumah terus hari ni" balas Jungkook tanpa memandang wajah gadis itu.

"tak nak sudah, aku pergi sorang" kata Sooyoung lalu mula berjalan menuju ke tempat duduknya.

"kau pergilah dengan Haesoo atau Jaehee" kata Jungkook.

Kang Sooyoung berpaling kebelakang semula.

"Haesoo ada latihan hari ni, Jaehee ada kelas matematik tambahan" balas Sooyoung.

"Dah tu, kau nak pergi sorang?" Jungkook menyoal.

"Memang kau lama tak korek telinga eh? aku dah cakapkan, aku pergi sorang" kata Sooyoung.

Laju sahaja tangan Jungkook membaling buku tulis kearah Sooyoung. Nasib baik sahaja Sooyoung sempat mengelak.

"eleh, tak kena" ujar Sooyoung lalu berlari ke tempat duduknya.

"pergi mampuslah kau dengan Park Jimin kau tu" kata Jungkook perlahan.


☆☆☆☆

"Eleh, tadi orang tu kata tak nak ikut" Sooyoung berjalan sambil memerli.

"diam lah" balas Jungkook sambil kekal berjalan.

"Kau bukan partner dengan Haesoo ke?" Sooyoung menyoal.

Jungkook hanya mengangguk tanda mengiyakan sahaja.

"kenapa macam tak berjalan lancar je study partner kau?" Sooyoung menyoal.

Jungkook mencubit pipi Sooyoung.

"ouch, sakit bengong" Sooyoung mengaduh sakit.

"kau sendiri yang kata kawan baik kau tu sibuk dengan latihan sukan. Tak akan aku nak kacau dia, bodoh gila soalan kau tu" balas Jungkook.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now