4: Paip

6.5K 1K 107
                                    

100 votes + 40 comments

Jungkook dan Sooyoung berjalan menuju ke arah kawasan perumahan mereka.

Sooyoung menyedut perlahan susu beperisa pisang itu sambil berjalan kehadapan.

Begitu juga dengan Jungkook yang turut menyedut susu melalui straw.

"Yah, Kang Sooyoung, kenapa kau tak pernah lepaskan ikatan rambut kau?" Jungkook menyoal.

"perlu ke aku buat begitu" balas Sooyoung secara dingin.

"Atau sebenarnya kau pakai rambut palsu?" balas Jungkook secara dingin juga.

Sooyoung berdecit perlahan.

"for your information, rambut aku asli" balas Sooyoung.

"Iya?" balas Jungkook.

Lantas lelaki itu menarik getah rambut milik Sooyoung menyebabkan rambut panjang Sooyoung itu terlepas bebas.

"Yah!" Sooyoung menjerit kuat.

Jungkook berlari laju supaya menjauhi Sooyoung bagi tidak mahu dipukul oleh gadis itu.

Sempat jejaka itu berpaling kebelakang menghadap Sooyoung.

Keadaan rambut Sooyoung terlepas sedemikian. Sebenarnya, membuatkan gadis itu kelihatan semakin menarik.

Sooyoung memecut laju mengejar langkah Jungkook yang sedang berlari itu.

Susu kotak yang habis diminum oleh Sooyoung itu digumpalkan lalu dibaling kearah Jungkook.

Tepat sahaja kena pada kepala milik Jungkook.

"Haish!" Jungkook berdecit kuat apabila terasa sakit.

Akan tetapi dia teruskan berlari.

Jungkook mengukirkan senyuman apabila rumahnya mula kelihatan.

Lantas Jungkook mempercepatkan langkahnya bagi memasuki rumah.

Sooyoung mengejar langkah Jungkook itu terus terhenti apabila lelaki itu sudah memasuki rumahnya dan telah mengunci pintu.

Kang Sooyoung menghentak kakinya ke tanah tanda tidak berpuas hati.

"kau tunggu, Jeon Jungkook. Aku akan balas" kata Sooyoung perlahan lalu berjalan ke rumahnya yang terletak bersebelahan dengan rumah Jungkook.

Sooyoung mempercepatkan langkahnya apabila kelihatan ibunya sedang menarik beg roda keluar daripada rumah.

"eomma!" teriak Sooyoung teruja.

Lantas ibunya mencium pipi anak gadisnya itu.

"Omma, nak cepat ni. Omma balik hujung minggu ni ya, sayang" balas ibunya sambil mengusap pipi Sooyoung.

Sooyoung hanya mengangguk sambil tersenyum paksa.

Baru semalam ibunya pulang ke rumah, belum sempat rindunya terhapus. Ibunya sudah perlu outstation.

"duit belanja omma dah letak atas meja makan ya" balas ibunya sebelum meneruskan berjalan keluar melepasi pagar rumah.

Sooyoung melambai kearah ibunya.

Itulah kehidupan Sooyoung, hanya ibu, tiada bapa. Ya, Kang Sooyoung seorang anak yatim.

☆☆☆☆

Sooyoung menekan loceng rumah Jeon Jungkook.

Setelah beberapa detik, akhirnya pintu rumah Jungkook dibuka.

"ah, Kang Sooyoung" Ibu Jungkook menyapa Sooyoung terlebih dahulu.

Sooyoung menunduk hormat kearah wanita itu.

"Nak jumpa Jungkook ya?" Puan Jeon menyoal.

Sooyoung mengangguk kecil.

"Jemputlah masuk, mak cik nak keluar sekejap nak pergi pasar" kata ibu Jungkook lalu dia melangkah keluar rumah.

"Ah, tak apalah, saya tunggu di luar sahaja" balas Sooyoung dengan penuh sopan.

"Tapi Jungkook tengah mandi tu. Kamu boleh tunggu?" soal ibu Jungkook.

"mandi?" Sooyoung menyoal semula.

Ibu Jungkook mengangguk.

"mak cik pergi sekejap ya" kata ibu Jungkook lalu beredar dari situ.

Setelah kelibat Puan Jeon sudah tidak kelihatan lagi, Sooyoung memandang kearah pili paip utama yang terletak dilaman rumah Jungkook itu.

Satu senyuman nakal diukirkan oleh gadis itu.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV💚

Tindakan Jungkook yang sedang menyampu rambutnya itu terhenti apabila air dari kepala paip itu tidak mengalir.

Jungkook memulas paip sinki pula, juga tidak mengalirkan air.

"Yah! Jeon Jungkook!" suara Sooyoung teriak dari laman rumahnya.

Lantas Jungkook melilit tuala pada paras pinggangnya.

Jungkook berjalan menuju ketingkap biliknya yang menghadap laman rumahnya itu.

"yah! Kang Sooyoung! Buka lah paip utama tu balik, setan!" teriak Jungkook.

"Pulangkan getah rambut aku balik, Sial!" teriak Sooyoung.

TBC

Aku ada masa terluang, jadi aku update❤

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now