13 : Majlis Kahwin

5.2K 882 182
                                    

90 votes + 40 comments

Jungkook memandang kearah Sooyoung yang baru sahaja keluar dari rumahnya itu.

Lengkap berpakaian gaun putih dengan kasut tumit tinggi.

"Janganlah pandang aku macam tu, aku tahulah aku cantik" kata Sooyoung kepada Jungkook.

"pfft! AHAHA, nampak pelik doh bila kau pakai baju macam tu dengan kasut tumit tinggi pulak tu" kata Jungkook sambil ketawa terbahak-bahak.

Lantas Sooyoung membuka sebelah kasutnya dan membaling kearah Jungkook.

Nasib baik Jungkook sempat mengelak daripada kasut terbang itu.

"Kau ni! kalau kotor baju aku macam mana? dah lah tuxedo ni mahal" kata Jungkook sambil membetulkan kot nya.

Sooyoung membuka kasut tumit tingginya dan letakkan di rak kasut dan dia mencapai sepasang sandal untuk dipakai.

"kenapa kau tak pakai heels je?" Jungkook menyoal.

"Kau nak tengok aku jatuh tergolek ke dekat majlis perkhawinan ayah Jimin?" balas Sooyoung.

"Kalau kau jatuh, aku sambut. Jadi, janganlah risau" ujar Jungkook sambil memusingkan kepalanya kekanan dan senyuman manis diukirkan.

"Nak aku tumbuk muka kau ke?" balas Sooyoung sambil menghalakan buku limanya kearah wajah Jungkook.

Jungkook menyentuh lembut jari jemari gadis itu.

"Aku merayu, sehari je jadilah seorang perempuan" pinta Jungkook.

Sooyoung memandang kearah jejaka itu. Sejujurnya Jeon Jungkook tampak lebih kacak bila digayakan dengan tuxedo hitam itu.

"Dah lah, nanti lambat pula. Park Jimin tu masih belum tukar baju lagi" kata Jungkook lalu menarik tangan Sooyoung agar mula berjalan.

"Sekejap!" teriak Sooyoung lantas mereka berdua berhenti berjalan.

Sooyoung menarik kolar baju Jungkook agar mendekatinya. Berdegup kencang jantung Jungkook dibuatnya.

"k-kau nak buat apa ni?" Jungkook menyoal.

"Diam jelah" kata Sooyoung perlahan.

Lantas Sooyoung membetulkan tali leher milik Jungkook dan menepuk perlahan beberapa kali pada dada bidang jejaka kacak itu.

"Tali leher kau senget tadi" kata Sooyoung lalu kembali berjalan.

Manakala Jungkook kekal berdiri disitu. Terasa bagaikan jantungnya ingin meletup.

☆☆☆☆

"Jungkook, tolong aku!" teriak Jimin sambil berlari kearah Jeon Jungkook.

"Wae?" Jungkook menyoal.

"Aku tak tahu macam mana nak ikat tali leher" kata Jimin lalu menghulurkan tali lehernya kepada Jungkook.

Jungkook memuncungkan bibirnya sambil mengikat tali leher warna merah milik Jimin itu.

"Dah" ujar Jungkook lalu menyarungkan tali leher itu pada Park Jimin.

"Nampak Handsome tak?" soal Jimin kepada Jungkook.

"Tak, buruk je" Sooyoung menyampuk perbualan mereka itu.

Hampir sahaja meletus tawa Jungkook disitu.

"Cepatlah, kita nak kena tahan teksi pula ni untuk pergi ke dewan majlis perkhawinan tu" ujar Jungkook.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now