22: Berebut

4.8K 805 140
                                    

112 votes + 40 comments

"Pfft! AHAHAHA! weh! kenapa bra kau bersepah atas katil?" soal Jungkook sambil tertawa.

Sooyoung mengigit lembut bibirnya. Aduh, semasa kemas baju dan ingin masukkan dalam beg tadi, dia lupa untuk masukkan baju dalamnya sekali dan tertinggal diatas katil.

"Keluar lah!" teriak Sooyoung sambil menolak Jungkook supaya keluar dari biliknya.

Jungkook masih lagi tertawa kuat apabila Sooyoung menolak badannya supaya keluar dari bilik.

"Bra yang warna hitam tu cantik jugak, weh" kata Jungkook dengan nada bergurau.

"Diamlah, sial!" marah Sooyoung lalu memukul kepala Jungkook yang lebih tinggi darinya.

Jungkook masih lagi tertawa sambil tangannya mengusap perlahan dibahagian yang Sooyoung pukul itu.

Sakit tahu tak bila Sooyoung yang pukul.

☆☆☆☆

Jungkook menarik bagasi milik Sooyoung sementara gadis itu membawa beg sekolah dan peralatan mandinya.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah Jungkook.

"Sooyoung-ah, kamu boleh tidur dekat bilik tetamu" kata Ibu Jungkook kepada Sooyoung sambil menarik tangan gadis itu untuk berjalan.

Rumahnya bersebelahan dengan rumah Jungkook, sudah tentu reka bentu rumah Jungkook sama sahaja seperti rumahnya.

Ada empat bilik tidur dan dua tandas. Satu tandas terletak dibilik master bedroom sudah tentu bilik ibu bapa Jungkook.

Cuma satu tandas yang berada di luar. Itu pun berdekatan dengan bilik Jungkook.

"Masuklah, buatlah macam bilik sendiri" kata ibu Jungkook sambil tersenyum kearah Sooyoung.

Sooyoung memasuki bilik tetamu itu, terdapat sebuah katil yang bersaiz queen dan sebuah almari.

"Kalau nak buat kerja sekolah atau nak belajar, boleh buat di ruang tamu. Ada meja rendah" kata Ibu Jungkook.

"Ah, tak apa, saya boleh buat kerja sekolah atas katil je" balas Sooyoung.

Hampir sahaja Jungkook tergelak dengan sikap Sooyoung yang sopan itu. Bukannya dia tak kenal perangai sahabatnya.

"Eh, mana boleh, nanti tak selesa" balas ibu Jungkook.

"Bilik aku ada meja belajar, kau boleh tumpang bila kau nak guna" Jungkook menyampuk perbualan itu.

"Ha, baguslah tu. Sooyoung tumpang je meja Jungkook. Tak apa kalau susahkan anak mak cik ni. Mak cik tak kisah pun" balas ibu Jungkook lalu tertawa kecil.

"Ibu ni!" Jungkook merungut.

☆☆☆☆

Sooyoung bangun seawal yang mungkin dari tidurnya lalu berlari kearah tandas.

Dia perlu mandi dulu sebelum Jungkook, bukannya dia tidak tahu yang Jeon Jungkook tu suka mandi lama. Kalau boleh, mahu sejam dia dalam tandas tu.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now