20: Basics

4.8K 746 221
                                    

103 votes + 30 comments

"Eomma, malam ni Jimin, Jungkook dan Haesoo nak datang rumah, diorang semua tidur sini sampai hari ahad" kata Sooyoung kepada ibunya.

Ibunya hanya mengangguk faham sambil mengunyah makan malam yang dinikmati bersama dengan anak tunggalnya.

"Omma, pergi berapa hari?" soal Sooyoung sambil memandang beg roda yang terletak di ruang tamu itu.

Beg roda yang berisi pakaian ibunya untuk pergi ke China. Ibu Sooyoung bekerja sebagai wartawan dan pada masa ini masalah dunia dengan trade war antara China dan United States menyebabkan ibunya perlu ke sana untuk menemu ramah pakar ekonomi disana.

"Seminggu je, sayang. Nanti omma balik minggu depan" balas ibunya sambil tersenyum untuk melegakan hati Sooyoung.

Sooyoung hanya mengukirkan senyuman palsu untuk membalas senyuman ibunya itu. Seminggu tu bukannya sekejap.

"Nanti omma minta mak Jungkook tumpangkan Sooyoung dirumah dia" kata ibunya.

"Tak payahlah, susahkan diorang pula" balas Sooyoung. Sejujurnya, dia mahu kurangkan jumpa wajah Jungkook, nanti bergaduh pula di rumah itu.

Memang ibu bapa Jungkook dan Ibu Sooyoung tidak tahu yang mereka berdua ni selalu bergaduh.

Kalau tahu nanti, mesti diceramahi sehingga tiga hari.

"Tak boleh lah macam tu, Sooyoung tu perempuan, bawah umur pulak tu" balas ibunya.

"bukannya Sooyoung tak pernah tinggal sorang-sorang sebelum ni" kata Sooyoung.

"Tapi ni untuk seminggu,sayang" ujar ibunya. Selalunya ibunya tinggalkan dalam 2 atau 3 hari sahaja.

Sooyoung hanya mengangguk setuju. Dia tidak mahu memanjangkan isu ini, takut bertengkar pula dengan ibunya.

"Bila kawan kamu nak datang?" soal ibunya.

"Lepas ni, rasanya" jawab Sooyoung.

☆☆☆☆

Sooyoung membuka pintu rumahnya apabila bunyi ketukan bertalu-talu dari luar.

Sebaik sahaja dia buka pintu, terpampar wajah Jungkook di hadapan rumahnya.

"Kau ketuk macam nak robohkan pintu rumah aku, bangang betul" ujar Sooyoung sambil mengerutkan dahinya.

"Ehehehe, janganlah marah, nak test je pintu kau, mana tahu tak kukuh" balas Jungkook lalu melangkah masuk kedalam.

Sooyoung hanya menggelengkan kepalanya secara perlahan, masak betul dengan perangai sahabatnya itu.

"Mana Park Jimin dan Song Haesoo?" soal Jungkook.

"Tak sampai lagi" balas Sooyoung lalu berjalan menuju kearah sofa lalu Jungkook mengikuti langkah gadis itu.

"Oh ya, eomma kau suruh kau tinggal rumah aku selama dia tak ada ni" kata Jungkook.

Sebelum ibu Sooyoung pergi ke lapangan terbang tadi, sempat dia singgah sebentar untuk bertemu dengan ibu Jungkook. Sudah tentu mereka berdua amat rapat, dah lama mereka berjiran.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now