19: Buku

4.8K 762 181
                                    

100 votes + 40 comments

"Kau suka lelaki yang macam mana?" soal Jungkook sambil menongkat dagu serta matanya memandang kearah Sooyoung.

Terhenti seketika mulut Sooyoung dari mengunyah, tipulah kalau Sooyoung tidak terkejut dengan soalan Jungkook itu. Ligat otaknya mencari jawapan yang tidak meninggalkan syak pada Jeon Jungkook.

"Aku suka lelaki yang lelaki lah" sengaja Sooyoung memberi ayat berbelit.

Jungkook mengeluarkan muncung kecil, inilah Kang Sooyoung yang sentiasa memberikan jawapan yang minta kaki.

"Tak akanlah aku suka perempuan pula" sambung Sooyoung lagi.

"Eish, bencilah cakap dengan kau ni" balas Jungkook lalu menampar manja pipi milik Sooyoung.

Sooyoung tergelak kecil disebabkan kata-kata Jungkook itu.

☆☆☆☆

Keadaan di kelas mula bertukar riuh-rendah apabila cikgu sudah keluar sementara cikgu subjek seterusnya pula yang masuk.

Kang Sooyoung mendekati meja Jungkook yang berada tidak jauh dari mejanya itu.

"Jungkook-ah, kau ada buku latihan maths yang masih belum buat tak?" soal Sooyoung.

Hari ni sudah hari Jumaat dan malam ni Jimin dan Haesoo serta Jungkook akan bermalam dirumahnya untuk belajar bersama.

Masalahnya sekarang ni, semua buku latihan matematik miliknya sudah siap dibuat. Tiada satu soalan pun yang tinggal.

"Aku pun tak ada, weh" balas Jungkook. Semua buku matematik yang ada sudah habis dijawabnya.

Iya, memang mereka berdua selalu habiskan masa dirumah dengan menjawab soalan-soalan matematik yang boleh buat orang gila itu.

Makin sukar soalan itu, bukankah makin menarik untuk dijawab?

"Macam mana ni, esok aku nak buat matematik dengan diorang" kata Sooyoung lalu dia mengalihkan pandangannya kearah Jimin yang sedang duduk ditempatnya sendiri.

"Nanti waktu balik kita pergilah kedai buku" kata Jungkook sambil menarik dagu Sooyoung supaya kembali memandang kearahnya.

Jeon Jungkook memerlukan attention sila berikan Jeon Jungkook attention.

"Kita pergi beli buku matematik nanti" Jungkook mengulanginya.

"o-ok" balas Sooyoung lalu dia meleraikan jari-jemari Jungkook daripada dagunya.

Tipulah kalau Kang Sooyoung tidak terkejut dengan tindakkan Jungkook yang secara tiba-tiba itu.

☆☆☆

Kang Sooyoung dan Jeon Jungkook sudah mengabiskan masa lebih kurang sejam dikedai buku ini, untuk mencari buku latihan matematik.


Jungkook dan Sooyoung menyemak semua buku-buku latihan di kedai itu tanpa henti membuatkan mereka berdua penat.

Lantas Jungkook dan Sooyoung mengeluh.

"Tak ada buku keluaran terbaru ke?" Sooyoung mula bersuara lalu perlahan-lahan dia duduk di lantai kedai buku itu. Penat sudah dia meronda seluruh kedai buku ini.

Jeon Jungkook turut perlahan-lahan duduk bersebelahan dengan Sooyoung di lantai kedai buku itu.

Mereka berdua menyadarkan kepala pada rak buku itu.

Sooyoung mengalihkan pandangan kearah Jungkook. Jarak diantara mereka amat rapat. Cuma ketinggian Jungkook itu mewujudkan jarak antara wajah mereka.

"Jungkook-ah" Sooyoung memanggil lelaki itu.

"i-iya" balas Jungkook.

"Semua buku latihan matematik dalam kedai ni kita dah ada dan dah buat" kata Sooyoung seakan-akan mengeluh.

"Beli jelah buku latihan satu, yang dah pernah buat pun tak apa. Lagipun soalan tu untuk Park Jimin dan Song Haesoo yang jawab, bukannya kita" balas Jungkook.

Sooyoung hanya mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Jungkook. Walaupun sebenarnya dia tidak suka membuat soalan yang sama berulang kali

TBC

Maaflah lambat update, aku tengah busy dengan manuscript Encik pengubah cuaca ni.

Apa-apa pun, siapa rindu scene sweet Jungkook dan Sooyoung?

Next chapter mereka akan kembali bergaduh yang akan buat korang rasa macam nak gaduh dengan crush sendiri. Stay tune!

❤❤❤

Promote

cadburyna

cadburyna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now