8: Fikir

6.1K 945 110
                                    

140 Votes + 30 Comments

Jungkook mengetuk kuat pintu rumah apartmen milik Jimin itu.

Setelah beberapa kali ketukan akhirnya pintu dibuka oleh Jimin.

"eh, Jeon Jungkook apa kau buat dekat sini?" soal Jimin.

Lantas kolar leher baju t-shirt Jimin diragut oleh Jungkook dengan kasar. Hampir tercabut jantung Jimin akibat terkejut.

"Apa yang kau buat dekat Kang Sooyoung, Hah?!" Jungkook menyoal kasar lalu menolak Jimin sehingga masuk kedalam rumahnya.

"A-apa kau mengarut ni?" balas Jimin.

"Argh!" bunyi suara Sooyoung menjerit dari ruang tamu.

Lantas Jungkook melepaskan kolar baju Jimin dan berlari kearah Sooyoung.

Alangkah terkejutnya apabila Sooyoung sedang duduk disofa sambil menonton televisyen.

Jungkook mengecilkan matanya sambil memerhati kaca televisyen, itu bukankah.

Cerita hantu?

Jimin yang baru tiba disitu,memandang kearah Jungkook.

"aku nak minta maaf sebab tuduh kau" kata Jungkook lalu menunduk maaf kearah Jimin. Aduh, malu betul!

"Haih" Jimin mengeluh kecil.

Lantas mereka berdua memandang kearah Sooyoung. Terasa seperti salah gadis itu sebab menjerit macam nak kena culik.

"apa?" balas Sooyoung.

"aku tumbuk juga muka dia ni" kata Jungkook.


☆☆☆☆


"Jadi, sekarang ni ada lagi 3 ujian" kata Jungkook kepada Jimin.

"ujian awal tahun dah lepas, tinggal mid-term, final exam dan ujian paling penting, CSAT" kata Sooyoung pula.

CSAT = College Scholastic Ability Test, adalah sejenis ujian standard yang diterima oleh universiti-universiti Korea Selatan.

"Dan, aku nak lulus semua dengan cemerlang. Tapi, kalau kau tak dapat keputusan yang baik, kau akan menyebabkan markah sahsiah aku berkurang. Secara ringkasnya, aku tak dapat masuk universiti dengan mudah" kata Sooyoung.

"T-tapi, aku ada banyak kerja untuk minggu ni" kata Jimin.

"baiklah, minggu ni, minggu terakhir kau sibuk dengan kerja kau. Mulai minggu depan sampailah ujian CSAT, aku akan kongkong hidup kau" pedas sahaja ayat yang diberikan oleh Sooyoung itu.

"Kau nak buat apa?" Jungkook menyoal.

"Adalah" balas Sooyoung lalu tersenyum penuh makna.

"tapi, aku nak ingatkan kau, yang aku ni bodoh, bukannya pandai macam korang berdua" kata Jimin.

"aku pun nak ingatkan kau sesuatu, aku tak suka mengalah. Jadi, sila bersiap sedia untuk kena paksa dengan aku" balas Sooyoung.

Jungkook memandang kearah gadis itu, dapat dia lihat yang Kang Sooyoung benar-benar mahu masuk ke universiti.

✔ Tom And Jerry Where stories live. Discover now