PROLOG

38.5K 1.4K 16
                                    

Baba!"

Eian menoleh.

"Jangan lari, sayang. Kalau you jatuh tadi macam mana? Suka tengok baba dengan mama sedih? hm?" Tubuh anak kecil itu dibawa ke dalam pelukan.

Leria memegang kedua-dua belah pipi babanya sebelum mengucup bertalu-talu. Eian tergelak melihat gelagat manja puteri kesayangannya itu.

"Pandai sejukkan hati baba." Giliran dia pula mencium pipi montel anaknya itu.

"Leria, mama mana?" Sedari tadi dia tidak lihat kelibat isterinya. Kebiasaannya isterinya akan menyambut kepulangannya dari kampus.

"Mama? Mama yang mana eh? Mama yang cantik ke mama yang tembam?"

Eian menghamburkan tawanya dengan kuat. Mujur sahaja rumah mereka ni kawasan elit. Anaknya ni memang suka menyakat lagi-lagi menyakat mamanya. Baru usia 4 tahun namun mindanya umpama budak berusia 8 tahun.

"El Leria! Awak ingat mama tak dengar ke apa awak cakap hm? Sejak bila ada dua mama ni?" Eian dan Leria masing-masing memandang ke arah muka pintu. Anak beranak tu menelan air liur. Bukan mereka tak tahu ibu kepada El Leria ni sememangnya garang seperti singa.Ops!

Eian mendekatkan bibirnya di telinga Leria.

"Go and hug mama. Kiss and tell mama..."

"You're my hunny bunny." Sambung Leria.

Eian ketawa kecil.

"Good." Eian menurunkan Leria dari dukungan sebelum puteri kesayangan mereka berlari anak ke arah isterinya.

Eian hanya memerhatikan gelagat manja Leria bersama mamanya. Sungguh, segala penat lelahnya di universiti hilang apabila menatap wajah-wajah kesayangannya.

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau menyusun cantik aturan hidupku.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now