Bab 25

17.1K 841 20
                                    

Hara berkerut dahi taktala terasa ada benda lembut menyapa dahinya. Terpisat-pisat dia membuka mata sebelum penglihatannya dipenuhi dengan figura lelaki.

"Am I disturbing you, Hara?"

Mata mereka beradu lama tanpa balasan daripada Hara. Dia teringat kembali episod yang berlaku sebelum dia terlena sendirian bersama linangan air mata.

Dia resah menanti kedatangan suami yang tidak kunjung tiba itu. Ditoleh berkali-kali ke arah muka pintu. Setiap kali jururawat yang masuk untuk menghantar makanan atau minuman, dia hampa. Tanpa ditahan, dia mencapai iphone di tepi katil dan menghubungi suaminya.

Dia menahan teruja sebaik sahaja panggilan dijawab.

"Abang! Abang lambat lagi ke nak sampai?"

"Is that Hara?"

Hara terdiam. Walaupun baru beberapa kali sahaja terjumpa dengan wanita itu, namun dia masih mengenal suara itu.

Abang pergi jumpa Melina?

"Hello?" Suara itu menyentak fikiran Hara.

"Eian mana?" Soal Hara dengan mendatar.

"Dia ada dengan I. Why?"

Hara menggigit bibir bawahnya.

"Nothing. It just saya ingatkan dia dah on the way ke hospital."

Telinga Hara dapat menangkap gelak halus wanita itu.

"Oh gosh, Hara! For you information, dia tengah teman I dekat klinik. Well, I kan kesayangan dia."

Tangan kiri Hara digenggam kuat. Kini giliran dia pula yang ketawa sinis.

"Oh really? Then kenapa dia tak kahwin dengan awak eh? Ops lupa! Mama Eian tak restu hubungan kau orang kan."

"Hei bitch! You dengar sini eh! You tu perampas! Tak malu ke ambil hak I?Kesian you kan, ada suami tapi suami bersayang-sayang dengan perempuan lain!"

Kata-kata itu menusuk kalbu Hara. Tak dapat tidak, air matanya bergenang di tubir mata. Panggilan terus dimatikan.

Dia berbaring sebelum menyelimutkan tubuhnya bersama esakan halus. Semakin ditahan, semakin deras air matanya mengalir. Apa lagi dugaan dia?

"Hei, kenapa menangis ni? I ganggu tidur you ke?" Terkejut Eian apabila melihat air mata di pipi isterinya.

Hara yang baru tersedar dari lamunan pantas menyeka kesat air mata itu. Dia benci apabila dirinya selalu kelihatan lemah. Lebih-lebih lagi di hadapan suaminya.

Melihat seakan-akan ada sesuatu yang bermain di fikiran Hara, Eian mengambil keputusan untuk duduk di atas katil Hara. Mujur katil itu agak luas.

"You tell me, apa yang buat you tiba-tiba menangis ni." Tangannya mengusap lembut rambut isterinya.

Hara sekadar menggeleng sebelum dia menolak sedikit tangan Eian yang bermain di rambut. Wajah suaminya langsung tidak dipandang.

"Kenapa ni, Hara? Tak pernah-pernah you macam ni? You sakit balik ke? Nak I panggil doktor? You demam ya? Ke you nak I belikan you ma..." Bicara Eian terhenti apabila mendengar tangisan isterinya.

Apa pula kali ini?

Diletakkan tangannya di atas bahu Hara sebelum dia memusingkan tubuh itu menghadapnya. Namun Hara masih mengelak untuk bertentang mata dengannya. Tanpa menunggu lama, dia memagut dagu Hara supaya dia dapat menatap wajah itu.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now