Bab 4

17.1K 921 16
                                    

"Ledy Hara..."

Pelukan Eian terlepas. Hara menelan air liur.

"Eh, abang buat apa dekat sini?"

Sepasang mata sedang merenung tajam ke arah kedua-dua insan di hadapannya itu.

"Abang datang sebab mummy cakap Hara nak kena pergi Melaka sorang-sorang. So, I'm here untuk temankan Hara."

Eian membalas renungan lelaki itu. Siapakah 'abang' yang disebutkan oleh Hara ini? Bukankah Hara merupakan anak tunggal?

Dia tahu pun kerana Hara sememangnya terkenal di universiti ini. Siapa sahaja yang tidak mengenali anak Dato Hassan yang menyandang gelaran beauty with brain ini?

"Oh...Er tak payah susah-susah.Hara boleh pergi sendiri."

Eian pelik. Dia dapat mengesan nada tidak senang yang terbit dari mulut Hara.

"Hara kan tak biasa drive dekat highway. Then, siapa nak teman? Lelaki ni?"

Hara menoleh ke sebelah. Baru dia teringat akan kewujudan Eian.

"Ha kenalkan, ni Eian. Dialah yang temankan Hara pergi Melaka. Apalah guna jadi boyfriend kalau tak boleh nak tolong kan?" Hara berpura-pura gelak sambil merangkul lengan kekar Eian.

Hara mendongak sedikit untuk memandang wajah Eian.

"Eian, ni abang Fariz. Satu-satunya sepupu lelaki saya."

Eian menghulurkan tangan untuk berjabat. Lelaki yang bernama Fariz itu seakan-akan tidak ikhlas sewaktu menyambut huluran itu.

"Sejak bila Hara ada boyfriend? Abang taktahu pun."

"Oh lama dah! Cuma Hara lupa nak bagitau. Lagipun Eian ni segan nak reveal hubungan kitorang, kan sayang?"

Eian buntu. Namun setelah melihat isyarat daripada Hara, sedarlah bahawa dia amat memerlukan pertolongannya.

Terus Eian mengangguk.

"Bukan apa, but Ledy still belajar lagi. So I taknak dia abaikan study dia."

Fariz berasa sebal! Berbulu matanya melihat gadis pujaannya sedang merangkul erat lengan lelaki yang jauh lebih sempurna daripadanya.

"Kalau macam tu abang balik dulu. Apa-apa call abang. Take care, Hara."

Melihat anggukan daripada Hara, Fariz terus berlalu dengan hati yang panas.

Hara menghela nafas lega. Dia masih tidak sedar bahawa tangannya elok merangkul lengan pensyarahnya.

"So girlfriend, best ke peluk your dearest boyfriend ni, hm?"

Senyuman nakal di bibir Eian menyentak Hara. Pantas lengan itu dilepaskan.

"Tak kuasa saya nak peluk sir. Tu pun sebab nak lepaskan diri je."

Eian terngadah. Selamba badak je student dia berkata seperti itu?

"Dah lah sir, saya dah lewat ni nak gerak pergi Melaka.vNanti-nantilah saya ikut sir ya. Assalamualaikum."

Baru sahaja tangannya membuka pintu bahagian pemandu, lengannya ditarik lembut.

Hara terpinga-pinga apabila dia dimasukkan ke dalam kereta mewah itu. Eian di sebelah yang sedang memulakan pemanduan dipandang.

"Sir nak bawa saya pergi mana?"

Tiada jawapan.

"Ya Allah sir! Saya tak main-main tau. Saya tengah rushing nak pergi Melaka ni!"

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now