Bab 17

14.8K 872 71
                                    

"Hara dah nak pergi U ke?"

Perbuatan ingin menyarung kasut terhenti. Ditoleh ke belakang.

"Haah, mama. Hara ada class pagi, class Eian."

"Lah, Eian dah gerak dari tadi. Kalau mama tahu, mama suruh dia tunggu Hara."

Hara senyum. Hambar.

"It's okay, mama. Hara dah biasa drive sendiri. Okaylah, Hara pergi dulu. Assalamualaikum."

Tangan Puan Mariam dikucup sebelum dia berlalu ke keretanya. Kereta dipandu cermat sehingga tiba di perkarangan universiti.

Jam di tangan dipandang sekilas. Masa berbaki tinggal lima minit sebelum kelas bersama Eian bermula.

Perasaan suami mengajar? Jangan ditanya kerana saat ini Hara sangat gementar. Sedar tidak sedar, dirinya sudah berada dalam dewan kuliah.

"You are late."

Suara itu menyentak fikiran Hara. Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung di tempatnya.

"Saya cuma lewat tiga minit."

Baru masuk pukul 8.33 pagi. Bukan Hara sengaja ingin melawan kata, namun itu fakta. Eian juga masih belum memulakan pembelajaran.

"Three minutes also we called as time. Don't you think so?"

Sinis.

Malas mahu memanjangkan isu, Hara memohon maaf atas kelewatannya. Eian cuma menjeling sebelum matanya tertumpu di slide.

Dalam pada itu, mata seorang isteri sedang ralit memerhatikan sang suami. Dia bersyukur meskipun Eian masih memarahinya, namun lelaki itu tetap memakai pakaian yang disediakan olehnya.

Lihat hari ini, awal-awal pagi lagi Hara sudah siap menggosok baju kemeja berwarna putih untuk Eian. Mujur lelaki itu tidak banyak kerenah.

"Hara, I'm talking to you! Are you daydreaming in my class?"

Tersentak Hara apabila dijerkah oleh Eian. Seisi dewan kuliah terdiam tidak berkutik. Mereka belum pernah melihat Hara dimarahi oleh pensyarah ini.

"I'm sorry, sir. My fault."

Hara menunduk.

"That's the only you can do. Keep repeating your sorry. What? You ingat maaf you tu berharga sangat ke? I tengah lecture dekat depan, you boleh berangan pula? Tengah berangan apa?Plan nak kahwin? Nak ada anak? Ke plan untuk rampas hak orang?"

Tidak tahan diasak dan diprovok seperti itu, Hara terus mengemas barang-barangnya seraya menuju berani ke arah Eian. Mata masing-masing tertumpu ke arah mereka berdua. Hara sungguh berani!

Sampai di hadapan Eian, Hara mendongak mencari bebola mata lelaki itu. Ditatap lama dan direnung dalam.

"I'm leaving. If you can't act like professional, so do I. Sejak bila Eian Wazif ni tak reti nak beza mana satu hal kerja mana satu hal peribadi? Kalau rasa nak sindir saya, kalau rasa tak puas nak marah or malukan saya, then do it. Tapi bukan dekat sini. Why?"

Hara tersenyum sinis.

"Because they will downgrade your credibility as a lecturer. So unprofessional huh."

Belum sempat Eian membalas, Hara terus berlalu dari dewan kuliah. Pintu dihempas kuat meninggalkan suasana tegang dalam itu.

Eian pula tidak kata apa. Dia hanya menyambung semula kerjanya meskipun akal sudah melayang ke lain.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now