Bab 48

22.7K 935 30
                                    

Hampir empat bulan sejak peristiwa dia disahkan berbadan dua, dia mahupun Eian masing-masing mendiamkan diri. Duduk satu rumah tetapi masih terasa sunyi. Sunyi yang paling sunyi yang dia pernah rasai. Adakalanya Eian cuba membuka topik agar mereka dapat bersembang, namun dia tidak mengendahkan. Dia juga pergi ke universiti menaiki kereta lelaki itu. Malas dia mahu bertekak tentang perkara yang kecil itu. Perutnya juga sudah semakin membukit dan ramai antara kawannya sudah mengetahui mengenai itu. Mujurlah ini merupakan semester terakhirnya maka tiada masalah ketika dia bersalin nanti. Tinggal lagi dua bulan dan dia akan menamatkan pengajiannya.

"Comelnya mak buyung hari ni!"

Hara tersentak dari lamunan.

"Dah lunch belum?"

Dia cuma menggeleng bagi menjawab pertanyaan Yana.

"Qis mana? Aku tak nampak pun dia."

Yana tarik kerusi.

"Dia ada class dengan Miss Elena. Kau faham-fahamlah andartu tu kalau mengajar memang tak ingat dunia!"

Hara tersenyum lucu. Ini kalau Miss Elena dengar, matilah Yana.

"Kau nak beli apa-apa tak? Aku tolong belikan." Yana sudah bangkit dengan memegang dompetnya.

Baru Hara ingin menjawab, dia menangkap haruman yang sebati dengan hidungnya.

"Sayang."

Mata Hara jatuh pada plastik yang diletakkan atas mejanya.

"Makan ni, abang dah belikan sayang nasi ayam hainan. Your favourite, kan?" Eian kerling ke arah Yana sebelum dia senyum nipis.

"Aku pergi beli makanan sekejap, Hara." Yana terus berlalu.

Eian mengambil tempat di sebelah isterinya. Wajah itu kelihatan pucat. Sejak kandungan memasuki 14 minggu, isterinya kerap muntah-muntah. Ada satu hari itu sampai Hara tertidur dalam bilik mandi.

Haih, sayang.

"Makan ni untuk isi perut." Eian membuka bekas plastik makanan itu.

Saat hidung menerima bau dari makanan itu, Hara loya. Tangan naik mengusap belakang tengkuk. Eian yang perasan akan aksi isterinya terus menoleh.

"Loya?"

Hara diam.

Eian mengambil sudu di dalam plastik merah itu. Hara cuma melihat tanpa bicara.

"Buka mulut." Hara pandang wajah suaminya dan sudu bersilih ganti.

Hara masih kekal berdiam diri.

"Sayang... Abang tahu Hara marahkan abang lagi, tapi tolak tepi dulu perasaan tu. Kesian baby tak makan dari pagi. Hara tak breakfast kan pagi tadi?"

Lama Eian menanti sebelum Hara membuka mulut. Surut sedikit perasaan risau Eian.

Sesudu.

Dua suap.

Masuk suapan kelima, Hara menolak.

"Saya dah kenyang."

Mana pula Yana ni? Lama betul beli makanan.

"Sayang ada mengidam nak makan apa tak? Tell me, nanti abang carikan." Kepala isterinya dilitupi hijab itu diusap. Namun cuma sekejap.

Eian hampa saat dia tidak mendapat reaksi daripada isterinya. Namun dia tidak tahu bahawa isterinya sedang mengidam sesuatu. Cuma ego itu meninggi.

"Hara!" Suami isteri itu mengangkat muka. Zarul?

"Nah, saya bawakan mi bandung untuk awak." Bungkusan plastik itu diletakkan di hadapan Hara.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now