BAB 3

19.7K 982 63
                                    

Pap!

Bahu Hara terhinjut apabila mendengar hentakan kuat dari arah hadapan. Bukan dia sahaja yang terkejut, malah kesemua yang berada dalam dewan kuliah itu turut terkesima.

Wajah Eian yang umpama harimau menanti membaham mangsa itu dipandang dengan wajah yang takut. Masing-masing sudah saling berpandangan. Belum pernah lagi mereka melihat amukan daripada pensyarah muda itu.

"Apa semua ni? I tunggu email daripada you all semalam, tapi sorang pun tak hantar lagi! Date line should be yesterday, am I right? But why none of you hantar dekat I?!"

Mata Eian mencari kelibat seseorang.

"Ledy! You as class representative untuk my subject, kenapa tak ingatkan mereka?! Tak gunalah kalau I suruh you jadi C.R tapi you tak bertindak!"

Hara terkedu. Dia dimarahi oleh orang ramai. Ditengking! Bukan salahnya, namun rakan-rakan sekelasnya yang masih tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Hara sudah siap sepenuhnya, tetapi dia terlupa untuk menghantar email kepada Eian. Haruskah dia dipersalahkan?

"Ledy Hara! When I'm asking you, I should hear the answer." Eian memandang tajam ke arah Hara yang terkulat-kulat di tempat duduknya.

"Sorry sir, but that is not my fault! I'm already asked them to send an email to you but they were not finished yet. I'm done my part." Hara cuba menahan suaranya daripada meninggi.

Salah satu sikap Hara adalah dia bukanlah  seorang yang penyabar.

Eian terdiam apabila mendengar jawapan Hara.

"So kenapa you pun tak hantar?"

Hara meneguk air liur. Eian tersenyum sinis.

"All of you buat research baru yang tak sama dengan tajuk haritu. Make sure more that 1700 words! Hantar dekat I two weeks from now."

Eian kembali menatap slide yang dipaparkan. Setelah memastikan pelajar-pelajarnya sedang mencatat nota, dia teringat akan sticky note yang disimpan.

Dia menyeluk poket. Sticker note itu dipandang lama sebelum dia mencapai iPhone kepunyaannya. Dia tidak dapat melihat nama pemilik nombor telefon itu memandangkan bahagian itu terkena air. Nombor yang tertera ditekan di skrin. Namun belum habis menekan nombor, contact panggilan 'sayang' tertera di skrin telefonnya.

'Kenapa nama dia pula yang naik?'

Dengan kerutan di dahi, dia cuba menghubungi nombor itu. Eian merenung tepat ke arah Hara yang sedang menoleh ke arah skrin telefonnya. Hara kemudiannya mendongak memandang ke hadapan. Lelaki itu terus mematikan panggilan.

'Betullah nombor dia. Kenapa dia tinggalkan nombor ni dekat kereta aku?'

Mic yang terpasang di meja segera dihidupkan.

"Ledy Hara, meet me at cafeteria after this class. Thank you."

Seisi dewan kuliah dapat mendengar butir bicara Eian. Masing-masing memandang ke arah Hara. Hara menjongketkan bahu tanda tidak tahu punca Eian ingin berjumpa dengannya.

                        *********

"Ada apa sir Eian nak jumpa saya?" Eian yang baru sahaja selesai makan mendongak memandang Hara yang sedang berdiri di hadapannya.

"Have a sit."

Hara memandang sekeliling sebelum dia menarik kerusi di hadapan Eian.

"Jangan nak takut sangatlah, Ledy. You bukan buat apa-apa pun dengan I."

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now