Bab 8

15.1K 884 110
                                    

"Awak ni dah kenapa, Mariam? Dari tadi abang tengok Mariam kehulu kehilir."

Puan Mariam melabuhkan punggung di atas sofa buatan Itali itu dengan muka masam.

"Macam mana saya tak risau, abang!Eian tu nak bawa girlfriend dia datang kejap lagi."

Dr.Jamaluddin terdiam. Dalam diam dia turut tidak menyenangi akan kehadiran teman wanita anak terunanya.

"Assalamualaikum!"

Puan Mariam dan Dr.Jamaluddin berpandangan. Dengan hati yang berat Puan Mariam melangkah ke muka pintu.

"Waalaikumussalam." Eian mengucup tangan Puan Mariam dengan penuh hormat.

"Hai mama!" Melina menghampiri Puan Mariam sebelum bertindak memeluk tubuh itu.

"Aunty." Puan Mariam membetulkan panggilan lalu terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Eian mengerling ke arah teman wanitanya yang sudah masam mencuka.

"Come, kita jumpa papa."

Melina membontoti Eian melangkah ke ruang tamu. Sempat dia mengutuk ibu kepada teman lelakinya.

Berlagak betul! Kau tunggulah aku kahwin dengan anak kau ni!

"Papa, ni Melina. Melina pernah datang waktu birthday mama haritu."

Dr.Jamaluddin tersenyum nipis.

"Have a seat, Melina."

Melina terus mengambil tempat di sebelah Eian. Berbulu mata Puan Mariam melihat aksi gedik perempuan itu.

"Kak Gayah! Tolong buatkan air untuk tetamu ni."

"Baik puan."

Eian yang mendengar arahan mamanya terus berubah riak muka. Satu perkara tentang mamanya adalah jika dia menyenangi tetamu yang bertandang, dia sendiri yang akan menjamu tetamu itu tanpa bantuan pembantu rumah.

Tahu sahajalah dia bahawa mamanya masih tidak menyukai Melina.

Dia mengeluh berat.

"Ada apa bawa tetamu datang ni, Eian?"

Eian memandang mamanya yang duduk berhadapan dengan Melina.

"Eian saja nak Melina berkenalan dengan mama, papa."

"Haah aunty! Nantikan kami nak kahwin, so Mel nak lah kenal-kenal dengan mentua Mel. Kan sayang?"

Eian tersenyum senang.

"Kahwin? Bilanya kamu berdua nak kahwin?" Puan Mariam tersenyum sinis.

"Mama..."

"Tak sekarang ni kita tak pernah discuss pun tentang majls kahwin Eian, kan?"

"But mama..."

Puan Mariam mengalihkan pandangan ke arah suaminya.

"Abang, Mariam kena siap-siap sebab kejap lagi Mariam nak jumpa kawan sekejap."

Dr.Jamaluddin berkerut.

"Siapa kawan awak?"

"Ala abang, isteri Hassan. Kita pernah jumpa dia dekat company baru dia tu."

"Oh!"

"Saya naik dulu."

Baru berjalan selangkah, Puan Mariam berpusing sedikit.

"Eian kalau rasa nak kahwin, cari calon yang menyejukkan hati mama. Biarlah tak bertudung pun, tapi nilai perwatakan dia. Ni dah lah tak bertudung, perangai pun selamba je buat mama macam kawan."

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Onde histórias criam vida. Descubra agora