Bab 21

16.5K 901 107
                                    

(Excuse my harsh words in this chapter...)

Bunyi alarm mengejutkan Hara daripada lena. Dipusingkan badannya ke sisi kiri. Suaminya yang sedang tidur dalam keadaan duduk dengan kepala direhatkan di birai katil dipandang. Wajah keletihan itu menerbitkan rasa serba salah dalam diri Hara.

Telefon di tepi katil dicapai perlahan-lahan agar pergerakannya tidak mengganggu Eian.

5.45 am.

"Abang..." Tangannya menyentuh perlahan bahu Eian.

Eian bergerak sedikit.

"Bangun, abang... Abang nak kena balik rumah, nanti lewat pula masuk kerja."

Tubuh ditegakkan sebelum meraup wajahnya berkali. Hara tersenyum.

Comel. Dengan rambut yang tidak terurus namun masih kekal kekacakannya dan...

Seksi.

"You nak mandi? I tolong bawa you pergi toilet."

Hara menggeleng perlahan.

"Nanti Hara minta tolong nurse. Abang tu, pergi lah balik. Lewat sampai U nanti."

"Hm... Anything just let me know. Call I terus tau. Nanti our parents nak datang." Eian sudah bangun dari duduknya.

Diregangkan badannya yang agak lenguh akibat tidur dalam keadaan duduk.

"Alright, abang. Take care."

Eian yang sudah berjalan ke muka pintu berhenti. Kepala dipusing memandang wajah isterinya yang masih pucat.

"I'm the one who suppose to say that. Take care of yourself, Hara."

Hara mengangguk faham.

"For me." Tika itu hilang terus figura Eian. Bibir Hara terkunci.

Ayat itu... Ayat yang pernah diucap oleh Eian sewaktu mereka belum bergelar suami dan isteri. Sebelum Eian membencinya.

Kini, ayat itu menggamit memori mereka berdua. Mutiara-mutiara jernih menitis sedikit demi sedikit di pipi Hara.

I miss the old you, abang. I miss my Eian Wazif. I miss the way you treat me. I miss your concern towards me. I miss everything about you.

Namun lama kelamaan Hara tersenyum sedikit.

Abang cakap abang tak nak jaga Hara malam semalam. Tapi abang tetap tunggu sampai tertidur. Hara tahu dekat mana kedudukan Hara dalam hati abang. Cuma Hara tak pasti, sama ada itu hanyalah simpati atau cinta.

                      

Tengah hari itu kedua-dua orang tuanya dan juga mama Eian datang melawatnya. Cuma ayah mentuanya sahaja yang tiada kerana perlu menguruskan hospital. Kasih sayang dan prihatin yang ditunjukkan sungguh membuat Hara terharu dan sebak dalam masa yang sama. Matanya sempat memandang pintu wad untuk menunggu kedatangan seseorang. Namun hampa.

"Ni Hara tak nak makan ke?"

Hara menggeleng lemah.

"Hara dah kenyang makan breakfast tadi."

Puan Mariam memegang lembut lengan menantunya.

"Eian pergi kerja juga ke? Kenapa dia tak ambil je cuti kalau dah tahu isteri masuk hospital."

"Tak apa lah, mama. Dekat hospital ni ramai yang jaga Hara. Kejap lagi Eian balik lah tu."

"But still, dia patutnya ambil cuti."

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now