Bab 31

16.7K 852 31
                                    

"Kau orang pergilah dulu. Nanti aku jalan slow-slow pergi dekat kau orang."

Hara sudah termengah-mengah. Aktiviti mereka pada pagi itu adalah jungle trackking. Jika sesiapa yang mengenali Hara, mereka pasti tahu bahawa Hara tidak suka aktiviti seperti itu. Lihat sahajalah, mukanya sudah kemerah-merahan dan bermandi peluh.

"Mana boleh tinggalkan kau dekat belakang."

"Tak apa, Yana. Kau orang pergi je dulu, nanti aku sampailah. Lagipun sir Eian cakap tadi group mana yang tak ada wakil sampai ke atas akan didenda."

"Okay lah kalau macam tu, kau tu hati-hati tau."

Hara mengangguk sebelum ditinggalkan. Perjalanannya masih jauh untuk tiba di puncak. Dia hanya mengorak langkah kecil sahaja. Sesekali ditoleh ke belakang apabila sudah tiada orang kelihatan.

Eian pula sudah berada di hadapan. Staminanya yang tinggi membolehkan Eian melakukan aktiviti itu dengan bersahaja. Kakinya bergerak perlahan apabila melihat Balqis sudah berada dekat dengannya.

"Mana Hara?"

Balqis menoleh sambil mencuri nafas.

"Dekat belakang. Dia suruh saya dengan Yana pergi dulu."

"Kenapa dia tak ikut you all sekali?"

Giliran Yana pula membuka mulut.

"Dia penat, sir. Hara mana boleh buat aktiviti macam ni. Nanti mulalah dia mengadu sakit itu lah ini lah."

Hati Eian berlagu kurang senang. Tanpa kata, dia berpatah semula untuk mencari Hara. Kira-kira hampir 15 minit, matanya menangkap figura yang sedang terduduk sambil mengurut kaki. Sesekali tangan itu mengesat sesuatu di wajah.

"Hara?"

Hara mendongak sebelum mengesat air matanya yang masih berbaki.

"What's wrong with you?" Eian cemas melihat air mata itu.

"Kaki Hara cramp." Air mata yang dikesat kembali mengalir apabila Eian memegang kakinya. Hujung jari kakinya ditolak sedikit oleh Eian.

Kelegaan mula bertandang di hati apabila isterinya sudah tidak berada dalam kesakitan.

"You kena teruskan perjalanan ni tau."

Hara mengangguk. Dia berdiri dengan bantuan suaminya.

"Sorry selalu susahkan abang..."

"Don't talk nonsense, baby."

Mereka mula bergerak perlahan-lahan. Sesekali Eian akan memerhati gerak langkah isterinya.

"Macam mana abang boleh tergerak hati nak cari Hara tadi?"

"Naluri seorang suami, sayang. Bila tengok kawan-kawan you je ada tadi, berderau darah I."

Hara terdiam. Namun bukan disebabkan keprihatinan suaminya. Dia terdiam apabila mendengar panggilan sayang daripada bibir Eian.

"You nak air?"

Soalan itu membuatkan Hara memandang ke arah suaminya. Dia menggeleng cuma.

"Jauh lagi ke, abang? For sure semua dah berkumpul kan? Nanti mesti semua cari abang dekat sana. Hara tak sukalah kalau orang cakap macam-macam pasal kita nanti. Mesti ada yang cakap Hara ni manja lah gedik lah men..."

Jari telunjuk Eian diletakkan di bibir mungil Hara.

"Tak penat ke membebel sambil hiking?Mulut tu...macam bertih jagung."

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now