"Kenapa you senyap je dari tadi?" Hara menoleh sedikit ke arah lelaki yang sedang memandu itu.
"Nothing to say." Hara memandang semula ke luar tingkap kereta.
Dalam hati dia mula berasa kesal kerana mengikut arahan mummy-nya.
Eh tapi tak boleh salahkan mummy, Hara! Kalau lelaki dekat sebelah kau tu tak bocorkan rahsia yang korang saling mengenali, mummy takkan suruh kau balik dengan dia.
Eian terdengar keluhan kecil yang terbit dari bibir Hara.
"You berubah."
Suara itu mematikan lamunan Hara.
"What?"
"You berubah lepas kita berbual dengan Izz tadi."
Hara mengetap bibir. Adakah lelaki itu perasan akan perubahan emosinya?
"Apa yang sir cakap ni? Mana ada saya berubah. Elok je kan saya tengah bercakap dengan sir sekarang ni." Tidak menengking mahupun menjerit. Namun nada mendatar itu membuat Eian semakin hairan.
"It is up to you. I bagitahu apa yang I nampak."
Eian terus fokus memandu kereta Audi miliknya yang sudah membelah lebuhraya.
Hara merenung ke hadapan namun mindanya teringat semula bibit perbualan mereka.
Eian sudah mempunyai teman wanita?Mengapa hatinya bagai disiat? Mengapa dia harus berasa kecewa?
Hara, lelaki full package macam ni siapa je yang tolak? Kau je yang rugi sebab lambat jumpa dia. Dia dah ada girlfriend dah, Hara.
Tiada sepatah bicara yang terbit dari bibir mereka. Masing-masing kelu untuk berbicara sehingga mereka tiba di universiti semula. Hara berlalu dari kereta setelah mengucapkan terima kasih.
Tanpa menunggu balasan Eian, dia terus menuju ke keretanya dan memandu ke rumah. Tidak tahu kenapa, namun ada sesuatu yang mengalir di pipinya.
Tidak dikesat malah dibiarkan mengalir tanpa henti. Tidak mengeluarkan esakan namun bahunya terhinjut-hinjut.
Eian masih termangu-mangu memikir tentang gadis itu. Mengapa gadis itu dingin dengannya secara tiba-tiba?
Telefonnya berbunyi. Bibirnya mengorak senyum lebar setelah melihat si pemanggil. Tanpa menunggu lama, dia menjawab panggilan itu.
"Yes darling?"
**********
"Mummy.." Tubuh wanita itu dipeluk dari arah belakang."Anak mummy manja sangat malam-malam ni kenapa?"
Hara hanya tersenyum sebelum dia mengambil tempat di sebelah Datin Kirana yang sedang menonton televisyen.
"Daddy mana? Hara tak nampak pun sejak balik tadi."
"Dekat atas tengah rehat. Hari ni daddy punya jadual dari pagi sampai petang full. Tu yang daddy penat sikit hari ni."
Hara mengangguk faham. Tidak lama selepas itu keluhan kecil terbit dari bibirnya. Fikirannya tidak putus-putus mengingat semula akan pensyarahnya.
"Are you okay, Hara? Sejak Hara balik tadi, Hara nampak lain. Ada masalah ke hm?"
Hara sekadar menggelengkan kepalanya.
"Eian tu lecturer Hara rupanya ya. Mummy ingat dia cuma kawan si Izz tu."
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara