Bab 14

13.3K 774 57
                                    

Kalau rajin kan kan, bolehlah follow instagram saya, (@_lovenara_) . Kalau FB pula, (@Syunara) okay bye!

"Ya Allah Hara! Kenapa mata bengkak ni sayang?"

Mengucap sekejap Datin Kirana melihat Hara balik dengan kesan air mata. Apa sudah jadi ni? Tiada bicara oleh Hara namun kaki bergerak menghampiri mummynya.

"Mummy..." Tubuh wanita itu dipeluk erat.

Datin Kirana mengusap lembut belakang tubuh anaknya. Pasti ada sesuatu yang terjadi.

"Hara sayang sangat dekat Eian. Hara cintakan Eian, mummy. Hara happy sangat dapat bertunang dengan lelaki yang Hara cinta."

Jeda.

"Mummy... Pertunangan ni bukan satu kesilapan kan? Hara dah buat keputusan yang betul kan? Hara akan bahagiakan, mummy?"

"Mummy tahu anak mummy ni sebenarnya cintakan Eian. Kalau tak Hara takkan senang-senang terima lamaran dari aunty Mariam, kan?"

Rambut anaknya diusap manja.

"Doa banyak-banyak supaya hati Eian terbuka untuk Hara. Hara cuba ambil hati Eian, ya sayang? Mummy tahu anak mummy ni kuat."

Hara kembali menatap mata Datin Kirana.

"Mummy tahukan yang Eian dah ada girlfriend dulu? Even sampai sekarang pun dia cintakan Melina? Mummy tahu kan?"

Datin Kirana mengangguk.

"Mummy janji dengan Hara satu benda."

Kerutan di dahi Datin Kirana terukir.

"Apa, Hara?"

"Mummy jangan salahkan Eian kalau lepas ni Eian layan Hara dengan teruk. Mummy jangan marah Eian kalau Eian bencikan Hara. Dia tak salah, Hara yang jahat. Hara yang selfish."

"Jangan cakap macam tu, Hara. Mummy akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berdua."

Dengan lemah Hara mengukir senyuman buat mummynya.

"Dah, jangan sedih-sedih lagi. Lagi beberapa hari je ni Hara nak kahwin. Nanti muka tak berseri bila jadi pengantin."

"Hara naik dulu ya, mummy. Goodnight."

Kucupan dihadiahkan di pipi mummynya sebelum dia meniti tangga untuk masuk ke dalam bilik. Dia mahu berehat. Hari ini merupakan hari yang memenatkan untuknya.

Biarlah dia berehat untuk tika ini kerana selepas itu dia perlu kuat untuk menatap dan meneruskan kehidupan bersama lelaki yang bukan miliknya sepenuh hati.

Cinta.

Cinta memerlukan dua penyatuan jiwa. Cinta memerlukan tarik dan tolak. Cinta memerlukan keseimbangan. Cinta memerlukan kejujuran dan kesetiaan.

Namun dengan cinta juga manusia alpa.

Sanggup ketepikan keluarga. Sanggup melupakan kawan. Sanggup membiarkan orang lain terseksa.

Paling kejam sekali...

Sanggup menjadi perampas dalam kebahagiaan sesebuah hubungan.

Hara tersenyum kelat dalam tidur.

Ya, dia gagal memegang prinsipnya. Kini, dia seorang perampas. Dulu, dialah insan yang jijik dengan panggilan itu. Dia jelik dengan manusia yang sanggup merampas hak orang.

Dan tika ini, dia sanggup menjadi perampas untuk terus bersama dengan lelaki yang dia cintai. Dia sanggup mengambil kesempatan atas kebaikan lelaki itu.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now