Bab 38

14.8K 708 60
                                    

"Hara..."

Kerja memotong sayur Hara terhenti. Kepalanya diangkat.

"I nak keluar kejap."

Hara terus meletakkan pisau di atas meja.

"Lah, habis Hara masak ni untuk siapa?" Mukanya muram sedikit. Penat-penat dia menyediakan bahan masakan untuk masak tengahari itu.

"You masak je lah. Nanti balik I makan, okay?" Eian mengusap kepala isterinya lembut.

"Abang nak pergi mana?"

Eian terdiam sebelum menjawab.

"I nak jumpa Izz sekejap, ada hal nak discuss."

"Hm, pergilah. Jangan balik lewat sangat tau." Hara mengucup hormat tangan suaminya. Matanya menghantar figura Eian hingga lelaki itu hilang di sebalik pintu.

Sekarang nak masak ke tak?

Hara mengeluh kecil sebelum dia sambung memotong lobak merah. Biarlah dia masak untuk dirinya sahaja. Nanti Eian balik baru dia masak lagi. Malas pula nak masak sekali banyak.

Lincah pergerakan Hara di dapur. Dia bukannya tipikal anak orang kaya yang tidak reti memasak. Dia sering membantu Datin Kirana memasak dan kadangkala dia cuba belajar resepi masakan baharu. Bau aroma tomyam menerobos hidungnya. Nampak macam lazat!

Bosan pula makan seorang diri. Selalunya Eian akan menemaninya ketika makan.

Ting tong!

Pii air ditutup. Tangannya dilap di kain sebelum dia berlalu ke pintu rumahnya. Cepatnya Eian balik?

"Eh?" Figura yang muncul di hadapan rumahnya membuatkan Hara terkejut.

Bukan ke...

"Hai, Hara! Eian ada tak? Abang nak bagi barang yang dia kirim time Kak Aira dekat Turki hari tu. Abang lupa nak bawa time abang ambil Iriz."

Hara membetulkan tali apronnya.

"Tapi, tadi Eian cakap nak jumpa abang. Macam mana abang boleh ada dekat sini pula?"

Izz mengerutkan dahinya.

"Apa Hara cakap ni? Abang baru balik dari hantar kak Aira dekat butik. Lagipun mana ada kita orang janji nak keluar hari ni." Izz menggaru keningnya itu.

Melihat seperti ada yang tidak kena, Izz lekas bersuara lagi.

"Tak apa lah kalau macam tu, Hara. Ni nanti tolong pass kan dekat Eian eh?Abang rasa maybe ada kot Eian Whatsapp abang ajak keluar, cuma abang tak perasan."

Walaupun dia agak ragu-ragu, namun Izz perlu menenangkan hati gadis di hadapannya. Dia tahu, Hara sedang berfikir bukan-bukan.

Setelah beg kertas bertukar tangan, Izz meminta diri untuk pulang. Hara menutup pintu sebelum dia mencabut apron yang melilit pinggangnya. Dia campak ke tepi sebelum mengambil telefon yang berada di meja ruang tamu.

'Abang, dekat mana? Hara nak kirim syampoo lah.'

Send!

Ting! Whatsapp dibalas oleh suaminya.

'I dekat Damansara ni. Nanti bagitahu brand syampoo you, I beli time nak balik nanti.'

Hara berkerut.

Damansara? Jauh juga dari rumah mereka sekarang.

Hara meletakkan telefonnya di atas meja.

Patut tak aku pergi sana? Aku rasa aku tahu mana Eian pergi.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now