"Is she good?"
Eian berdiri tepat di hadapan muka pintu taktala doktor lelaki itu membuka pintu wad.
"You..."
"Her husband, Eian Wazif."
Doktor bernama Taufik itu mengangguk faham.
"So saya dah checked Puan Hara, macam yang Encik Eian syak awal-awal tadi... Wife encik alami demam denggi. Nasib baik bukan demam denggi berdarah, kalau tak keadaan Puan Hara lagi teruk."
Eian risau dalam diam.
"Platelets Puan Hara agak rendah juga, rendah daripada paras normal which is 120. Jadi saya sarankan supaya Puan Hara dimasuki ward dalam beberapa hari."
Dalam hati Eian semakin resah. Dia bekas doktor dan sekarang pensyarah dalam bidang perubatan, sudah pasti dia mengerti. Paras normal platelets kira-kira 150 sehingga 400.
"Just do anything you'd like to as long as my wife is getting better. Masukkan dia dalam private ward, okay?"
Dr.Taufik mengangguk.
"Nanti saya akan pesan dekat nurse. Kalau tak ada apa-apa, saya beransur dulu."
Baru sahaja Dr.Taufik ingin mengangkat kaki, Eian bersuara.
"May I go inside?"
Tersenyum.
"Sure." Melihat Eian berlalu ke dalam bilik itu, Dr.Taufik tersenyum lagi.
Lelaki yang bergelar suami itu jelas tidak dapat menyembunyikan kerisauan terhadap si isteri.
Eian melangkah mendekati katil pesakit. Dapat dilihat sekujur tubuh Hara yang sedang baring di atas katil itu. Dilabuhkan punggung di birai katil sambil memandang wajah pucat isterinya.
"Kenapa you tak bagitahu yang you ada simptom demam denggi?"
Hara menundukkan pandangan. Dia tidak bermaya pada saat itu.
"Mana Hara tahu..."
"Tangan you ada bintik-bintik merah kan? Kenapa you tak cakap dengan I?"
Suara Eian naik sedikit. Dia geram apabila Hara seakan-akan tidak peduli akan sakitnya.
"Hara tak nak susahkan abang..."
"Then, you warded ni tak rasa ke you menyusahkan kerja I lagi?"
Mendengar sahaja itu,air mata Hara mengalir tanpa dipinta. Eian agak terkejut apabila melihat bahu isterinya terhinjut-hinjut menahan esakan.
Hara memang manja ketika sakit dan emosinya menjadi tidak stabil.
"Fine... Kalau ra..rasa.. Hara ni menyusahkan..abang... Hara minta..ma..maaf."
Makin menjadi-jadi tangisan Hara. Eian yang berasa bersalah pantas memeluk isterinya.
"Okay I tersilap cakap, sorry."
Tangan Hara menolak-nolak dada bidang suaminya.
"Kata Hara.. ni menyusahkan...abang kan.." Esakan Hara semakin bergema.
"Shhh...Sorry baby."
Dan-dan itu juga Hara berhenti menangis.
"What you called me ?"
Pelukan dilonggarkan. Dahi Eian berkerut.
"What?"
Hara beriak hampa.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara