Bab 28

17.7K 874 42
                                    

"Siapa lagi yang tak ada dekat sini?"

Zarul yang ditugaskan untuk menguruskan hal pelajar segera memandang ke arah Encik Jamal.

"Ada lagi seorang yang tak sampai, Encik Jamal."

"Siapa?"

"Ledy Hara. Sepatutnya dia dah sampai sekarang ni."

Mereka perlu bergerak setidak-tidaknya pada pukul 8.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kini, jam menunjukkan pukul 8.21 pagi namun kelibat Hara masih tidak kelihatan. Para pelajar yang lain sudah siap sedia dalam bas bersama pensyarah-pensyarah yang terlibat.

"Maaf semua sebab terlewat." Suara itu menggamit Zarul dan Encik Jamal untuk berpusing. Kelihatan Hara yang sedang berdiri bersama beg tangan sahaja manakala Eian membawa beg pakaian Hara di bahunya dan menjinjit sebuah beg kulit kepunyaannya.

"It's okay, Hara. Awak pergi naik cepat. Kita dah boleh gerak ni."

"Baik, Encik Jamal."

Eian dan Hara sama-sama berhenti di antara bas A dengan bas B. Bas yang mana satu mereka harus naik?

"Hara!" Hara menoleh. Eian turut memandang empunya suara itu.

"Kenapa Zarul?"

"Awak boleh naik bas B sebab bas A dah penuh. Nasib saya dah carikan tempat untuk awak tadi. Jom saya tunjukkan seat awak."

Zarul naik ke bas B tanpa menghiraukan pandangan tajam dari Eian.

"Er sir naik bas yang mana satu?" Takut-takut Hara ingin bertanya.

"You pergilah naik dulu. Your boyfriend  kan dah copkan seat untuk kesayangan dia." Ujar Eian sebelum dia menuju ke tempat meletak barangan miliknya juga milik Hara. Apabila Eian kembali ke pintu bas, Hara masih berdiri di situ.

"Kenapa tak naik lagi? Pergilah."

"Saya tunggu sir."

Eian diam sebelum dia berdehem. Kaki diatur naik ke tangga bas diikuti oleh Hara.

"Hai sir!"

"Yeay sir Eian naik bas ni!"

"Seronoknya satu bas dengan sir!"

Sorakan itu membuatkan wajah Hara masam.

Tak nampak ke aku dekat belakang Eian ni? Apa ingat aku ni tiang bendera ke?

Eian tidak mengendahkan suara-suara sumbang itu sebaliknya dia terus meletakkan beg kecil miliknya di atas tempat duduk yang sudah disediakan untuknya. Kepala menoleh ke arah Hara sebelum dia menarik tangan itu dengan lembut.

"Hara dekat sini!" Zarul menggamit Hara untuk ke tempat yang dia sedang berdiri itu. Hara dapat merasakan genggaman di tangannya semakin kuat.

Mahu tak mahu Eian terpaksa akur apabila dia melihat tiada tempat kosong dalam bas itu.

"Move aside."

Zarul melangkah ke tepi sedikit apabila Eian bersuara tegas. Satu bas terdiam ketika melihat drama suami isteri itu. Ada yang memuji dalam diam dan tak kurangnya yang sedang dengki.

Hara mengambil tempat di tepi tingkap sebelum dia mendongak memandang suaminya yang membongkokkan sedikit badan.

"Are you feel comfortable, hm?"

"Yup." Senyuman dilemparkan kepada suaminya. Zarul menggenggam penumbuk apabila melihat gadis pujaannya sedang tersenyum kepada Eian.

"Good. Seat kita dekat je tau, so if anything happen panggil I okay?"

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now