"Eh, Hara?"
Hara mendongak kepala saat kawan sekelasnya menghampiri tempat duduk dia dalam dewan kuliah. Dia menjongket kening.
"Awal pula kau masuk dewan kuliah?Sir Eian mana?"
Marlia letak buku rujukannya atas meja sebelum memandang Hara.
"Sejak bila ada rules yang aku kena masuk class dengan sir?" Mendatar.
"Tak adalah, selalunya kan kau masuk dengan sir sekali."
Hara cuma diam. Dia malas untuk mengulas lebih lanjut. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Pasti sekejap lagi suaminya akan masuk ke dalam dewan kuliah ini. Mengapa dia masuk awal?
Awal-awal pagi lagi Hara sudah memandu sendiri ke universiti tanpa menunggu suaminya seperti kebiasaan. Bukan mahu menempah tiket sebagai isteri derhaka, namun pada saat sebegini dia memerlukan ruang untuk dirinya bertenang.
Dia menoleh ke kiri saat terasa bahu disenggol.
"Pst, sir dah sampai tu. Kau berangan apa lagi?"
Terus bebola mata Hara memandang ke hadapan. Terasa menyesal pula apabila Eian rupanya sedang merenung matanya juga. Perlahan, dia menunduk.
"Alright before we start, I wanna make an announcement for a while. So please give me your attention."
Mendengar suara lelaki itu mula bergema seisi dewan kuliah, semua pelajar menegakkan badan. Tiada lagi yang menyandar lemah dan sebagainya. Eian memerhatikan satu demi satu wajah di hadapannya yang seramai hampir 56 orang itu. Nafasnya memberat saat melihat wajah Hara yang mendung itu. Tanpa sedar tangannya digenggam.
"Starting from tomorrow until the next week, I won't be here to teach you. Hm, almost a week I tak ada. But don't worry, I takkan tinggalkan you all macam tu je. Class tetap class, I akan make sure all of you attend class macam biasa. I akan tinggalkan assignment untuk you all and please submit mengikut date line yang I bagi."
Masing-masing tidak berani mengeluh walaupun perlahan. Kalau rasa nak repeat paper, buatlah!
Mata Eian mencari class representative sebelum dia berkerut.
"Where's your CR?"
"Tak datang, sir!"
Ini yang menjadi kepantangan bagi Eian. Sibuk volunteer nak jadi wakil kelas, tapi dia sendiri tak datang!Menyusahkan semua orang betul.
"Hara!" Terkulat sebentar Hara saat namanya dilaung di mikrofon.
Dia tidak menjawab, namun cuma matanya yang memberi reaksi kepada lelaki itu.
"I nak you pantau kawan-kawan you ni. Make sure all of them including you attend class macam biasa and siapkan assignment. Jangan datang class tapi sibuk gossip! Understood?"
Bicara akhir itu ditujukan kepada semua pelajarnya. Hara cuma mengangguk lemah. Farah ini betul-betul menyusahkan hidupnya!
Eian mengeluh perlahan. Dia mengharapkan isterinya akan membuka mulut. Namun, hampa. Sejak malam tadi Hara tidak bercakap sepatah apa pun. Makan malam semalam pun Hara sediakan awal sebelum isterinya terus berkurung dalam bilik. Pagi tadi pula dia tidak sempat untuk menahan Hara dari memandu sendiri.
"Back to our new topic!"
Hara letih! Walaupun hari ini seperti kebiasaan, namun dia letih. Mungkin kerana perasaannya didera atau mentalnya yang diasak. Selepas solat isyak sahaja, dia terus berbaring di atas katil empuk itu.
YOU ARE READING
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚
Short Story"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara