Bab 33

16.1K 798 12
                                    

"Sayang..."

Hara yang baru sahaja mengeringkan rambutnya mendekati Eian yang sedang menyandar di kepala katil.

"Kenapa, abang?"

Tangan Eian menepuk permukaan katil bagi isyarat menyuruh Hara mengambil tempat di sebelahnya. Langsung Hara duduk.

"What say you if kita pindah?"

Hara memandang suaminya yang sedari tadi ralit mengelus rambut panjangnya itu. Sesekali dicium dan dihirup wangian terbit dari rambut Hara.

"Maksud abang pindah dari rumah papa ni?"

Suaminya mengangguk.

"Hara ikut je. Tapi nak pindah mana?Dekat dengan U tak?"

"Kalau you nak tahu, I ada beli rumah dekat dengan U. But bukan banglo, it just a condominium. Is it fine for you?"

Hara mengukir senyum sebelum dia memegang pipi suaminya.

"Hara tak kisah, abang. But you need to discuss first with mama and papa, okay?Hara tak nak nanti mama terasa bila kita pindah."

"I dah discuss dengan mama papa semalam. And yes, they agreed. So, anytime kita boleh pindah."

Hara mengangguk faham. Keadaan bilik itu sunyi sebentar. Hanya kedengaran deru nafas mereka sahaja.

"Erm abang..." Mata Hara tidak berani menentang mata suaminya.

"Yes?" Eian kerut dahi.

"Esok kan weekend and kita free."

"Okay...So?"

Eian tidak dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh isterinya.

"Hara kan...rindu mummy dengan daddy..."

Terlepas tawa kecil dari Eian.

Punya susah nak cakap, tu je yang dia nak sampaikan? Haih, Hara sayang...

"Alright esok kita balik rumah daddy, okay?"

Mata Hara terus mencari bebola mata suaminya. Dia ingin mencari kebenaran.

"Seriously, abang? Abang tak main-mainkan?"

"Ya, sayang." Eian menggosok lembut kepala isterinya sebelum dia cium ubun-ubun itu.

"Thank you, abang!"

Eian tersengih nakal. Dia mula ingin mengusik isterinya.

"Thank you je? I penat-penat nak drive esok balik rumah daddy, tapi you cakap thank you je? Memang tak sayang I langsung." Muka sengaja ditegaskan.

Hara menguak rambutnya kebelakang.

"Then, abang nak apa?"

Tanpa memalingkan wajah ke arah Hara, dia bersuara.

"Your hug."

Terus darah seakan menyerbu di wajah Hara. Habis pipinya merah wajahnya menahan segan.

"Jangan nak mengada." Hara terus baring di sisi suaminya yang masih duduk berpeluk tubuh.

"Oh, fine!" Eian turut baring namun membelakangi isterinya. Dia sengaja ingin menunjukkan rajuknya.

Eh? Sejak bila Eian Wazif ni reti merajuk?

Terkedu sebentar Hara dibuatnya. Eian merajuk dengan dirinya? Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now