Bab 30

17.5K 918 40
                                    

"Can you live without me?"

Soalan itu menyentak gegendang telinga Hara. Soalan itu umpama memalu hati seorang wanita yang bergelar isteri. Mengapa di tengah-tengah lautan manusia ini, Eian sengaja mengutarakan soalan itu?

Tidakkah itu terlalu privasi untuk mereka?

Hara cuma membalas pandangan redup dari seorang suami. Dia berperang dalam hati sama ada ingin dijawab atau tidak. Eian masih menanti jawapan dari bibir mungil isterinya.

"May I skip this question?" Pinta Hara lembut.

Dia enggan menjawab soalan itu. Hatinya berperang dengan emosi. Soalan itu terlalu sensitif bagi seorang isteri yang tidak diiktiraf di mata suami seperti Hara.

Eian merenung dalam mata isterinya sebelum dia merapatkan mikrofon ke mulut.

"You may skip."

Kedengaran keluhan daripada para penonton yang tidak berbayar itu. Mereka tidak puas untuk melihat skestsa pasangan muda itu.

"But then, I need to ask you the other one. May I?"

Sambil mengetap bibir, Hara mengangguk perlahan.

"If let say I'm not in love with you, would you rather to stay with me or you will find someone who is really love you?"

Sekali lagi soalan itu mendebarkan Hara. Kali ini dia harus menjawab kerana dia khuatir soalan daripada Eian akan semakin mencabar emosinya.

Dia lihat sekeliling. Semua mata sudah memasak ke arahnya dengan penuh penantian.

"Datanglah sejuta lelaki dalam dunia ni dekat Hara, I would choose you. Even if your love is not for me, I will choose to stay by your side. Because the best thing that ever happened to me is loving you."

"No matter what."

Tidak seperti sebelum ini, dewan yang pada mulanya riuh dengan sorakan dan teriak kini sunyi sepi. Mulut masing-masing terkunci dan lidah seakan-akan kelu berbicara.

Air mata seorang wanita yang bergelar isteri mengalir perlahan di pipi. Semua sebak apabila melihat Hara menangis tanpa mengeluarkan esakan. Mereka tidak mengetahui kisah di sebalik tangisan itu. Mereka hanya menganggap bahawa Hara menangis kerana tidak sanggup membayangkan dirinya tidak dicintai oleh suaminya.

Namun, itulah yang terjadi pada tika ini. Hara tidak dicintai oleh seorang suami. Eian tidak pernah membuka pintu hatinya untuk Hara.

Hara menunduk sambil menangis. Dia sedaya upaya menahan esakan dari terpacul di bibirnya.

Dalam beberapa saat, dia terkaku.

"You shouldn't cry like a kid, baby. That was only a simple question." Dia membelai rambut Hara dengan lembut. Pelukan semakin diketatkan.

Ya, Hara terkaku apabila tubuhnya disambar oleh Eian. Dia dipeluk di hadapan orang ramai. Namun pelukan hangat itu membuatkan dia tidak peduli akan rakan-rakan yang lain waima pensyarahnya yang sedang menonton. Dia cuma mahu menghamburkan rasa sebak yang menghurung di dadanya.

Sungguh, betapa sakitnya hati Hara apabila dia menyedari Eian tidak pernah mencintainya. Dia sebenarnya amat sedar sebelum ini. Namun soalan yang diajukan oleh Eian membuatkan dia berasa kecewa dan terluka.

"Shhh... Baby, please don't cry. We are now in front of them." Dia terasa bahagian baju di dadanya basah dek kerana air mata Hara. Namun dia tidak kisah asalkan isterinya kembali tenang.

Hara mula mengangkat mukanya. Berbahang wajahnya apabila semua sedang memandang ke arah mereka sambil tersenyum. Air matanya dikesat pantas. Baru dia tersedar cermin matanya sudah dicabut oleh Eian awal-awal tadi.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now