Bab 43

21.8K 956 115
                                    

Terhinjut bahu Melina saat meja yang didudukinya dihempas kuat. Wajah tegang lelaki yang duduk di hadapan dia dipandang.

"Apa masalah you ni, sayang?"

"Apa masalah I? I'm the one yang kena tanya. Apa masalah you?! You cakap apa dekat Hara sampai dia mengamuk?!" Suara tinggi Eian sedikit sebanyak mengganggu pelanggan yang ada di restoran pada malam itu.

"Hei, relax okay. I cuma terus terang dekat dia. I cakap yang you dah kembali dekat I. Betul kan?"

Eian menarik nafas berat.

"Since when I cakap I nak dekat you?Bila?!"

Berubah riak wajah Melina. Tangannya mencapai tangan lelaki itu.

"Sayang... Jangan macam ni, I need you. Please, kita sambung balik apa yang dah stop dulu. Okay?"

Eian menarik tangannya. Kepala digeleng sebelum mata menikam tajam mata itu.

"No! I takkan kembali balik dekat you. Nak tahu sebab apa?"

"...Sebab I cintakan Hara. I tak tahu bila tapi apa yang I pasti, I cintakan dia sekarang. Setiap air mata dia yang mengalir buat hati I ni macam kena curah air panas. Dan sebabkan kata-kata you tu dia mula jauhkan diri dari I! Muka I pun dia tak nak tengok, you tahu tak?" Jujur, dia sebak saat mendengar perkataan jijik yang meluncur dari bibir mungil isterinya itu.

Melina tersengih penuh makna dalam diam. Bermakna rancangannya untuk memanipulasi minda Hara sudah berjaya. Huh, sikit lagi dan plan dia akan berjaya sepenuhnya. Cepat-cepat dia menukar riak wajahnya apabila Eian memandang ke arah dia. Wajah dimuramkan sebelum dia menunduk menekur meja.

"I'm sorry, I tak tahu sebabkan tu dia mengelak dari you. Bodohnya I!Menagih cinta dekat orang yang tak sudi... Sorry... I salah..." Nadanya lirih membuatkan Eian mengeluh kecil.

"Benda pun dah jadi, Mel. I lega bila you dah faham situation I sekarang. Mel, ramai lagi lelaki yang tunggu you. Cuma you tu yang kena buka pintu hati you untuk orang lain. Okay?" Pujuknya lembut.

Selesai satu masalah, kini tinggal untuk memujuk dan mengembalikan kepercayaan isterinya sahaja. Selepas itu mereka akan hidup lebih bahagia sebagai suami isteri. Ah, bahagianya!

"Minumlah air tu, penat I order tadi. Lepas minum, terus balik pujuk Hara. I know she must be waiting for you." Melina senyum lebar.

Eian tidak kata apa, dia cuma menarik gelas tinggi itu sebelum dia minum rakus untuk hilangkan dahaga. Jam sempat dikerling. Sudah pukul 9.45 malam.

"Thank you sebab you dah mudahkan kerja I sekarang ni, Mel. I maafkan you, don't worry." Bibir Eian mengukir senyum. Wanita di hadapannya cuma mengangguk lemah.

"I've got to go. Nanti you pergi bayar. Bye, take care." Beberapa not RM50 dikeluarkan sebelum diletakkan di hadapan Melina. Tanpa kata lagi, dia terus bergegas keluar dari restoran dan kereta Audi di hadapan restoran itu dituju.

Kereta dipandu agak laju untuk tiba di rumah. Sesekali tengkuknya digosok perlahan. Entah, pelik. Tanpa dia sedar, ada seseorang yang sedang bertepuk tangan bersama senyuman yang sukar ditafsirkan.

                         

Mata Hara terbuka saat dia merasakan tubuhnya ditindih. Suasana bilik yang gelap tanpa cahaya itu membuatkan dia semakin ketakutan kerana dia tidak dapat melihat gerangan yang sedang menindihnya. Tak lama itu, hidungya menangkap haruman yang dia kenali.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora