Bab 41

18.6K 851 72
                                    

Suasana bingit di kafeteria itu langsung tidak menggamit perhatian dia. Sudah hampir seminggu suaminya menghadiri kursus, sepanjang tempoh itu juga dia tidak mendengar khabar daripada lelaki itu. Whatsapp tidak, call lagi lah tak.

Rindu?

Huh, bohonglah kalau dia tidak rindukan suaminya. Mereka tidak pernah berjauhan sejak mereka berkahwin hampir enam bulan. Ini kali pertama dia terpaksa berjauhan dengan suaminya selama seminggu. Dia tertanya-tanya, adakah lelaki itu turut merindui dirinya? Atau hanya dia yang bagaikan pipi tersorong-sorong?

Huh, beranganlah kau Hara!

Teringat kembali perbualan dingin mereka malam sebelum suaminya pergi ke Johor Bahru. Apa yang ingin dijelaskan oleh suaminya usai sahaja dia pulang dari Johor? Mengapa hatinya tidak tenang? Mengapa seperti ada yang tidak kena?

"Hara!" Laungan itu membuatkan Hara ditarik daripada tenggelam dengan lamunannya. Kepala ditoleh.

Zarul? Dahi berlapis sedikit apabila melihat lelaki di hadapannya tercungap-cungap mencuri nafas.

"Kenapa dengan awak ni, Zarul?"

Tidak sempat dihalang, kerusi di hadapannya ditarik oleh Zarul.

Sengih.

"Nak lunch sekali dengan awak, boleh kan?"

Rahang Hara hampir terngadah sesaat. Lari dari jauh semata-mata nak lunch dengan dia? Apakah?

"Tunggu sini sekejap!" Zarul bangkit sebelum Hara lihat lelaki itu beratur membeli makanan.

Mahu sahaja dia lari saat ini, tetapi memandangkan Zarul meninggalkan beg di atas meja membuatkan niatnya terpaksa dibatalkan. Hilang beg itu nanti, dia pula yang dipersalahkan!

"Fuh, nasib tak ramai orang." Hara angkat muka dari skrin telefonnya. Laju pula lelaki ni beli makanan, huh!

Dia langsung tidak mengendahkan Zarul yang sedang asyik makan. Perhatiannya dihadapkan pada skrin telefon.

"Lama kita tak lunch sama-sama."

Terhenti kejap tangan Hara yang sedang scroll Instagram. Muka diangkat bersama kening dijongketkan.

"Excuse me? Since when kita pernah lunch sama-sama? Pernah pun dengan sir Eian and Farah sekali." Tidak pernah lagi mereka lunch berdua, celah mana pula wujud dah-lama-tak-lunch-sama-sama itu?

Zarul menyedut air rakus sebelum pandang wajah gadis idamannya itu. Raut wajah yang polos itu mencuit hati lelakinya. Too sweet to handle, huh!

"Thanked to Sir Eian sebab dia kursus sekarang, boleh lah saya curi masa nak lunch sekali dengan awak. Kalau tak, awak asyik lunch dengan dia je kan?Macam tak ada life pula, sampai tiap-tiap hari lunch together."

"Eh?nSedar tak apa awak cakap ni Zarul?" Hara mengerutkan dahi sebelum dia memandang wajah di hadapannya tajam.

"Dia yang awak sebut tu, suami saya. Tak dosa pun if saya lunch hari-hari dengan dia. Tak ada mendatangkan keburukan pun! Yang awak sibuk jaga tepi kain orang ni dah kenapa?"

Zarul menjungkitkan bahunya dengan bibir tercebik.

"Well, saya actually kesian dekat awak. Bukan saya ni menyibuk hal awak, Hara. Tapi saya tahu. Eian tu bukan cintakan awak pun. Lelaki umur macam dia takkan cari perempuan yang muda macam awak. Tak matang lagi."

Berbahang wajah Hara apabila mendengar tutur baris itu. Apa hak Zarul untuk mempertikaikan perasaan Eian terhadapnya? Tangannya digenggam.

"Have you realise that you're too much?!Siapa kau nak cakap yang dia tak cintakan aku? Apa hak kau untuk cakap yang aku ni tak matang? Kau ingat kematangan ni bergantung pada umur ke?" Dadanya berombak kasar.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now