Bab 12

13.3K 751 21
                                    

Majlis pertunangan mereka berjalan seperti yang dirancang oleh Puan Mariam dan Datin Kirana. Penuh seisi saudara mara yang terdekat dalam banglo kepunyaan Dato Hassan itu.Hara duduk molek di atas pelamin mini yang berona pastel ditemani dengan Datin Kirana.

Beberapa buah kanopi sudah siap terpasang di halaman rumah mereka dan ternyata tetamu sudah membanjiri kanopi itu. Ada juga yang sempat menyelit di dalam rumah untuk menyaksikan sesi menyarung cincin tanda oleh bakal ibu mentua sebentar sahaja lagi.

Hara menggigil sewaktu berada di atas pelamin. Dia tidak tahu bagaimana rupa dia tersenyum taktala ini. Entah mengapa, dia gembira meskipun semua ini tidak adil bagi Eian.

Dia tahu lelaki itu tiada sewaktu majlis pertunangan mereka. Puan Mariam sudah memaklumkan awal-awal kepadanya.

Mujur sahaja ruang tamu itu dilengkapi dengan pendingin hawa. Hara semakin gementar taktala Puan Mariam anggun berjalan menuju pelamin. Atau lebih tepat berjalan ke arahnya bersama kotak cincin.

Dia mengucup hormat tangan wanita itu sebelum tangannya ditarik. Kotak cincin dibuka dan cincin yang berkilauan itu dikeluarkan. Puan Mariam tenang menyarungkan cincin itu di jari manis Hara. Dia tersenyum senang apabila gadis itu mengucup kembali tangannya.

Sungguh, pilihannya tidak salah buat Eian.

Silauan dari lensa kamera tidak putus-putus dihalakan ke arah Hara. Kini, dia sudah bergelar tunangan orang. Matanya terhala kepada dua orang sahabat yang selalu ada dengannya.

"Tahniah, Hara!" Tubuh Hara dipeluk kejap setelah kawan mereka itu sudah turun dari pelamin.

"Thanks Yana, Qis sebab datang majlis aku."

"No problem lah, Hara. Lagipun kawan kitorang tunang, takkan lah tak nak datang."

Hara tersenyum nipis. Cukup buat menutup rasa serba salahnya.

"Hei, apa ni muka macam tu? Senyum elok-elok, Hara. Nanti orang ingat kau tak happy pula."

Dia mengangkat muka memandang Yana.

"Aku happy sangat, Yana. Tapi, bahagia ke sir Eian? Aku tahu bila dia dapat tahu semua ni, dia akan kecewa sangat."

Yana dan Balqis sama-sama memeluk tubuh Hara bagi menyalur semangat dan kekuatan.

"Aku percaya kau boleh hadap semua ni, Hara. Kau kena yakin dengan diri kau."

Hara bersyukur kerana diperoleh sahabat yang sangat memahami dirinya. Ada ketika dia jatuh untuk menghulurkan tangan.

"Hara!" Hara berpaling.

Sepupunya datang bersama telefon milik Hara.

"Ada orang call." Hara mencapai sebelum dia mengetap bibir.

Eian!

Hara memandang Yana dan Balqis bersilih ganti sebelum dia meminta diri.

Telefon dilekapkan di telinga.

"Hello?"

"Hei Ledy, where have you been? I called you for so many time tapi you tak angkat. You pergi mana?"

Hara menggigit bibir.

Apa aku nak jawab ni? Takkan nak cakap aku tengah bertunang?

"Ledy.."

"Er yes, erm saya ada majlis doa selamat hari ni dekat rumah. That's why saya tak pegang phone."

"Doa selamat siang-siang macam ni?"

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now