Bab 49

25K 875 29
                                    

Uwekk!

Eian kerut dahi sebelum mencelikkan mata. Tempat pembaringan isterinya kosong. Dia bangkit sedikit sebelum mata meliar mencari figura Hara.

Uwek! Uw..Uwekk!

Mendengar suara  dari kamar mandi yang bercahaya itu membuatkan Eian segera membuang comforter ke tepi.

"Sayang! Kenapa tak kejut abang? Ya Allah dia ni." Eian turut bercangkung di sisi isterinya. Agaknya tak larat berdiri di hadapan sinki sehingga membuatkan isterinya mengambil keputusan untuk melutut di hadapan mangkuk tandas.

Tangan naik menggosok  belakang badan isterinya. Hara masih membongkok memuntahkan isi perutnya. Tak lama itu Hara berdiri sebelum mendekati sinki. Mulut dicuci bersih.

"Are you sure you're okay?"

Hara menggangguk lemah sambil berpaut pada dinding. Eian segera memapah isterinya ke katil. Setelah Hara baring, Eian mencapai minyak panas yang dia sudah sediakan dari dulu lagi di meja kecil sebelah katil. Mudah jika Hara lenguh pada awal pagi begini.

Seluar pijama isterinya diselak hingga paras lutut. Hara tersentak.

"Abang cuma nak urut kaki Hara je. Sayang tidurlah, esokkan ada class pagi." Tangannya sudah diletakkan dengan minyak panas sebelum diurut lembut di kaki Hara. Telapak kaki isterinya turut disapu minyak panas itu. Hara yang masih belum melelapkan mata itu mula berasa lega sedikit setelah diurut. Dia pandang sisi wajah suaminya yang jelas keletihan. Timbul rasa kasihan di lubuk hati.

He would do anything for you, Hara!

Sesak dada Hara dibuatnya. Tipulah kalau selama dia mengandung ini dia tidak tertawan dengan kebaikan yang dilakukan oleh suaminya. Cuma dia lebih mementingkan egonya.

"Tak tidur lagi sayang?"

"Huh?" Hara tersentak.

"It's getting late, Hara. Almost 3 in the morning, hm." Eian turun dari katil dan meletakkan minyak panas itu kembali di atas meja. Tangan dikesat pada tuala sebelum dia berbaring di sisi isterinya. Comforter ditarik paras pinggang Hara. Dia kemudiannya menukar posisi dengan berbaring atas rusuk kiri. Automatik, dia dapat melihat wajah isterinya.

"Hara tak boleh tidur ke sayang?" Eian dapat melihat anggukan sekejap isterinya.

"Hara bangun kejap." Arahnya tiba-tiba.

Meskipun pelik, Hara tetap mengangkat kepalanya dari bantal.

"Come here, letak kepala Hara dekat sini. Dulu kan Hara selalu tidur atas lengan abang kalau tak boleh nak tidur."

Hara gigit bibir. Adakah dia perlu mengekalkan egonya atau dia harus memenuhi kehendaknya? Ya, dia mengaku bahawa dia turut merindui untuk tidur di atas lengan kekar suaminya. Tak sempat nak berfikir, lengannya terasa ditarik lembut. Dia terpanar kerana kepalanya sudah menyentuh lengan Eian. Sebelah tangan suaminya terasa di belakang pinggang dia.

Hara cuma pegun dalam dakapan itu. Apabila terasa mata masih belum mengantuk,dia mendongak sedikit untuk mencari wajah suaminya.

"Abang..."

Eian celik mata. Telinganya tidak salah dengar ke?

"Usap kepala Hara boleh? I can't sleep well." Ujar Hara tanpa dia sedar panggilannya terhadap Eian sudah berubah.

Dalam terkejut, Eian tersenyum lebar. Lama dia tidak mendengar Hara memanggilnya abang.

Spontan, tangan yang berada di pinggang Hara tadi naik mengelus rambut isterinya. Dimain-mainkan rambut itu untuk menjemput lena isterinya. Sesekali bibirnya menyinggah di ubun-ubun Hara.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now