Bab 9

14.3K 869 54
                                    

Peristiwa petang tadi kembali bermain di fikiran Hara.

Hara berdehem.

"Jemput masuk, sir."

"No, thanks. You tolong panggilkan mama I, please."

Hara memandang wajah lelaki itu sekejap sebelum dia berlalu untuk memanggil Puan Mariam.

Dia kembali bersama Puan Mariam dan Datin Kirana yang masih asyik berbual-bual.

Dia mahupun Eian hanya diam seribu bahasa. Namun, dia tahu bahawa lelaki itu sedang merenungnya. Hara tidak betah diperhatikan seperti itu.

"Watch your eyes, sir. Saya hormat sir sebagai lecturer saya dan anak kepada kawan baik mummy saya."

Mendatar namun Eian cukup terkedu.

"Macam mana mama I boleh kenal dengan Datin Kirana?"

Hara langsung tidak memandang wajah lelaki yang berdiri di sebelahnya.

"Go ask your mama."

Hara tahu agak biadab cara dia berbicara dengan Eian, namun itu sahaja caranya agar dia dapat menutup hatinya untuk lelaki itu.

"Ledy..."

"What?"

"Pandang I kejap." Lembut bicara Eian.

"Cakap macam ni je tak boleh ke?"

"Ledy, please."

Hara mengeluh perlahan.

Lambat lagi ke mummy nak habis borak dengan aunty Mariam?

"Sir nak apa?" Mahu tak mahu dia memandang juga wajah itu.

Berdegup laju jantungnya sewaktu matanya bersabung dengan mata Eian.

"I ada buat salah dengan you ke? Kenapa you macam nak mengelak daripada I?Cara you layan I pun dah lain."

Hara cair mendengar suara gemersik Eian. Namun, pantas dia mengingati semula apa yang terjadi di antara mereka. Dia berpeluk tubuh sambil melarikan matanya daripada merenung mata itu.

"Apa yang buat sir fikir sir ada buat salah? Saya tak mengelak pun dari sir and apa beza layanan saya dekat sir dulu and sekarang? After all, kita memang tak pernah rapat pun."

Jeda.

"Sir kena ingat, hubungan antara kita ni hanyalah sebagai lecturer dan student. Not more than that sampai sir kena persoalkan perubahan saya."

Eian tersengih senget.Lebih kepada menyindir bagi Hara.

"Tak pernah rapat? Hei, Ledy. Satu campus tahu hubungan kita ni lain daripada lecturer dan student dekat situ."

Eian memandang tajam wajah cantik di hadapannya.

"You lupa ke kita pernah pergi Melaka together? Selalu pergi lunch berdua dekat cafe? You selalu naik bilik I untuk kirakan markah pelajar? You tak ingat ke semua tu Hara? Tu ke yang you definisikan sebagai tak rapat?"

Hara memejam matanya kejap sebelum dia membalas renungan Eian.

"Penting ke semua tu untuk sir? Perlu ke sir ingat balik apa yang pernah terjadi antara kita? Kenapa sir perlu ingatkan saya balik?"

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now