1

7.6K 333 25
                                    

         Cahaya yang silau menusuk kemataku. Dengan segera, aku membuka mata. Tempat ni kelihatan asing. Aku mulai kaget apabila terlihat diriku tanpa seurat benang pun! Dan sebelahku, ada seorang lelaki!

" Ahhhhhhhhhhh! " jerit aku. Lelaki itu terkejut dan segera bangun. Wajahnya tampak keliru. Sama sepertiku.

" Eh kenapa ni? " soal lelaki tu. Eh eh dia boleh tanya kenapa?

  " Omaigod, who are youuuu?! " jerit lelaki itu padaku. Aku pulak yang bengang. Dia tanya aku siapa?

  " Hey! Kau yang rogol aku semalam! Pastu kau tanya aku siapa?! " marahku. Tak padan dengan muka handsome, tapi bodoh!

" Eh sedap mulut! Entah-entah kau yang rogol aku?! " tuduh lelaki itu balik. Okay, lelaki ni dah lebih!

" Tak! Kau yang rogol aku. Iskk.. iskk... " tangisku. Maruahku dirampas sekelip mata. Mahkota yang dijaga rapi hilang begitu sahaja.

" Janganlah nangis. Kau buat aku pulak tak betul sekarang ni! " pujuk lelaki itu. Tapi aku tak kira. Aku masih nak menangis. Sebab aku sedih, kecewa dengan segalanya.

" Macam mana kita boleh ada kat sini? Macam mana kau... aku boleh ada atas katil ni? " tanya lelaki itu. Dia menggaru kepalanya. Keliru. Ya, itu perasaan lelaki itu sekarang.

       Perkara terakhir yang aku ingat pun cuma aku minum secawan jus oren yang dibawa oleh Jongin. Kemudian, pandanganku kabur. Dan sedar je dah ada atas katil dengan mamat sebelah ni!

" Yang aku ingat, semalam aku minum air yang kawan aku bagi. Pastu, bila bangun je aku dah ada atas katil ni. " fikir lelaki itu. Aku juga sama sepertinya.

" Sebenarnya, aku pun sama ma... "

" Jangan-jangan kau ni pelacur tak? " teka lelaki itu.

        Panggggg! Pipi mulus lelaki itu kutampar. Aku rasa maruahku bukan sahaja dirampas, malah dicarik-carik oleh lelaki didepan mataku ini. Aku mendengus dengan air mata yang sudah memenuhi tubir mata. Dengan hanya selimut menutupi tubuhku, aku segera bangun dan menuju ke bilik air. Aku perlu keluar daripada neraka ini!

        Lelaki itu tergamam. Tak sangka akan ditampar oleh wanita itu. Cadar putih yang didudukinya dilihat. Ada tompokan darah disitu. Lelaki itu mulai hilang arah. Dia tak bodoh! Perempuan itu masih dara!

      Di tandas pula, aku menangis. Aku rasa sakit di ari-ari. Mungkin kesan perbuatan lelaki itu semalam. Air mataku terhambur dengan banyak. Dunia aku dah gelap. Dah hancur.

~~~~~~~~~~

" Minyoung! Janganlah berangan! Ramai lagi customer ni. " marah majikanku. Aku segera berlari mengambil pesanan. Aku masih murung dengan kejadian yang berlaku. Namun, aku juga perlu hidup. Jadi, semua perkara itu ditolak tepi dan aku perlu fokus pada kerja.

        Makin lama, pelanggan makin banyak. Walaupun penat, aku merasa gembira. Ramai pelanggan, maknanya gajinya akan bertambah.

        Kring! Loceng berbunyi bermakna ada pelanggan yang menolak pintu masuk kedai. Aku segera mencari tempat kosong untuk pelanggan itu. Alamak, kedai dah penuh!

" Maaf encik, tapi kedai kami tengah penuh sekarang ni. Boleh encik tunggu sebentar? " kataku sambil menunduk.

" Tapi aku nak jumpa kau. Bukannya makan kat sini. " Suara itu.. Suara yang tidak asing lagi. Aku segera tegak berdiri dan memandang lelaki dihadapanku dengan pandangan penuh kebencian. Aku benci dia!

" Apa lagi kau buat kat sini? Nak gelak lepas dah hancurkan hidup aku? " kataku, dingin. Wajah Jongin langsung tak dipandang.

" Aku nak mintak maaf, Min. " kata-kata Jongin hanya dipandang sepi. Permohonan maaf lelaki ni boleh ke mengembalikan maruahnya yang dah dirampas?

" Kau pergi balik lah. Aku ada ramai lagi pelanggan. " halauku. Aku malas nak bertekak. Aku dah penat, sejujurnya.

" Aku sanggup bayar kat boss kau untuk ambil masa kau kejap. " pinta Jongin. Aku hanya menjeling dan menapak ke kaunter. Tiada masa nak layan mamat tu! Tapi yang mengejutkan, Jongin mengikutku.

" Apa lagi kau nak? Blahlahh! " marahku. Aku berpura-pura sibuk mengelap mesin wang. Padahal tiada habuk pun disitu.

" Ikut aku keluar jap. "

" Boss aku marah. " aku memberi alasan. Jongin memandang Manager Choi. Beberapa keping duit dihulurkan kepada lelaki itu lantas Manager Choi menggangguk. Tanpa sebarang amaran, tanganku ditarik keluar daripada kafeteria.

" Apa ni Jongin? Lepaslahhh! " marahku. Tanganku segera ditarik. Aku tak suka lelaki itu. Sampai bila-bila.

" Aku nak minta maaf. Aku terpaksa letak ubat tidur dalam air kau masa tu. " terang Jongin. Wajahnya tampak kesal.

" Terpaksa? Apa maksud kau terpaksa? Kau terpaksa buat kawan kau ni terseksa ke? " serangku.

" Lelaki yang tiduri kau tu nama dia Kim Taehyung, musuh boss aku. Dan boss aku minta aku cari perempuan untuk tiduri Taehyung. Supaya nanti dia akan jatuh! " kata-kata Jongin membuatkan aku membulatkan mata.

" Cari perempuan? Dan kau pilih aku?! Kau dah bodoh ke Jongin?! Aku ni kawan baik kau! Aku ikut kau semalam sebab aku ingat kau betul-betul ada majlis reunion. Tapi kau bawak aku pergi kelab malam. Kau hancurkan hidup aku tahu tak?! " jeritku. Aku dah tak kisah orang sekeliling memandang kami. Aku rasa sangat dikhianati. Air mataku mengalir laju bak air terjun. Dada Jongin dipukul berkali-kali namun lelaki itu masih tidak menahanku. Aku akhirnya jatuh terduduk. Tangisanku semakin kuat.

" Aku minta maaf, Min! Aku minta maaf! Aku akan bertanggungjawab. Kita kahwin ya? " ajak Jongin. Tanganku diraih.

" Kau dah gila ke?! Aku takkan kahwin dengan kau! " dengan mata yang merah, aku masuk kembali kedalam kedai. Hatinya sakit sangat sekarang. Bengkak. Aku bencikan Jongin. Benci!

~~~~~~~~~~

Taehyung POV

" Nah. Kau setelkan lah dia. " Suwan membaling pistolnya kepadaku. Aku memandang kearah lelaki yang sudah nyawa-nyawa ikan itu. Wajahnya bengkak sana-sini.

" Taknaklah. Kau jelah bunuh dia. " aku baling kembali pistolnya kepada Suwan. Aku tiada mood nak membunuh harini. Semua sebab perempuan semalam.

Bangggg! Kedengaran bunyi tembakan kedengaran. Serta-merta lelaki itu jatuh terbaring. Kepalanya ditembak dan nyawanya ditarik disitu juga. Suwan menghampiriku. Bahuku dipaut.

" Kenapa dengan kau? Biasanya kau yang paling suka bunuh orang yang tak nak bayar hutang kita ni. " soal Suwan. Aku mengeluh. Jarang aku tiada mood begini.

" Selama 4 tahun aku jadi gangster ni, tak pernah aku tiduri perempuan. Tapi semalam... " aku menggeleng. Suwan tergelak.

" Alah rileklah. Itu baru hidup sebenar! Duit dan perempuan. " aku menepuk kuat kepala Suwan itu. Tak boleh diterima akal. Aku bukan gangster yang begitu. Aku takkan meniduri perempuan.

" Sakitlah! Kenapa kau ni aduhai?! "

" Aku nak cari perempuan tu. " aku dah nekad nak cari perempuan itu balik. Benda ni tak boleh dibiarkan.

" Kau dah gila ke? Kau nak bertanggungjawab? " soal Suwan dengan mata yang membulat. Aku mengangguk. Aku pun tak pasti. Tapi hatiku berkeras mahu mencari perempuan itu.

" Kim Taehyung! Kau tu gangster tau! Mana ada gangster kahwin! Kau jangan cipta sejarah! " Suwan menggeleng laju. Aku tertawa. Kelakar pula melihat wajah sahabatnya itu.

" Kahwin je pun. Selagi dia tak ganggu kerja aku, I think having a wife is nothing wrong. " aku tersenyum sinis dan menapak pergi meninggalkan Suwan yang dah tergamam.

     Kahwin? Entahlah. Tapi dia perlu cari perempuan itu. Mereka sama-sama diperangkap. Dan dia perlu tahu kenapa.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum