17

2.1K 181 9
                                    

             Nafas ditarik perlahan. Mataku tidak lepas memandang keindahan Pulau Jeju. Tubuhku disandarkan pada palang balkoni bilik hotelku. Rambut yang panjang ku biarkan terbang ditiup angin.

" Hey. " serasa satu tangan sasa melingkar dipinggangku. Serta-merta mulutku mencebik. Tubuhku kekal membatu.

" Marahkan saya ke? " Taehyung meletakkan dagunya di bahuku. Sesekali dia mencium rambutku.

" Wangi rambut isteri saya ni. Tu yang geram. " kata Taehyung. Aku menjeling tajam.

" Get out of me. " kataku, keras. Aku masih marah dengan tindakannya yang menyuruh Manager Choi memecatku. Sepanjang perjalanan kesini, aku kekal membisu walaupun berkali Taehyung ajak berbual. Aku marah. Geram. Merajuk.

" Sayang, hey look at me. " Taehyung menarik tanganku dan memusingkan tubuhku untuk memandangnya. Mataku memandang kearah lain. Langsung tak nak memandang wajah kacak itu.

" I'm sorry, okay? Saya bukan sengaja nak pecat awak. " aku masih tidak memandangnya. Nak dengar lagi penjelasan.

" Saya mampu nak sara awak. Remember, saya ada 3 kerja. Sampai awak cakap boleh beli Korea lagi tu. So, why my wife kena kerja? Kat cafe biasa pulak tu. And.... " keningku ternaik mendengar ayatnya yang tergantung. Satu senyuman menghiasi bibirnya. Tiba-tiba sahaja tangannya mendarat di perutku.

" Saya nak awak tumpukan perhatian pada bakal anak- anak kita nanti. Tak naklah awak sibuk kerja sampai anak-anak kita terabai. " aku tergamam. Terharu. Tapi wajahku masih dimasamkan.

" What do you mean anak-anak? "

" Saya nak anak ramai. Lebih daripada 5 orang. Boleh? " pintanya. Senyuman petak terbentuk. Hatiku berdetak laju. Lelaki ini seakan mahu mengetuk hatiku.

" Tae, remember perjanjian kita. Yang awak sendiri buat dulu. " aku mengingatkan perjanjian kami semasa hari pertama kami berkahwin. Taehyung mengeluh.

" Nah. " Taehyung menghulurkan sehelai kertas putih kepadaku. Berkerut dahiku menerima.

" Apa ni? "

" Our contract. Kau dengan aku kena patuhi benda tu. " aku membaca satu persatu perjanjian yang ditaip.

PERJANJIAN PERKAHWINAN KIM TAEHYUNG DAN PARK MINYOUNG

1. Jangan sibuk hal masing-masing.
2. No sex KECUALI we've fall in love.
3. Tiada kes curang.
4. If we can't go through this marriage, DIVORCE is the best way.
5. Hormat mak masing-masing.

Perjanjian ini tidak boleh dilanggar sehinggalah penceraian dilafazkan.

" Okay, saya setuju dengan syarat ni. " kataku lantas mengangguk.

End Flashback

" Awak dah langgar perjanjian pertama. Awak pecat kerja saya sedangkan itu hal saya. " kataku. Taehyung menunduk. Tangannya berada di kedua-dua sisiku. Mengepung badanku.

" And now you're talking about baby? Perjanjian kedua tu apa? We're not fall in love. Remember? " mataku dijengilkan. Bukannya aku tidak mencintai Taehyung, tetapi perjanjian itu sering mengingatkan keadaan diri aku.

" Min, if I said I love you? " aku terdiam. Mata Taehyung merenung mataku.

" Saya takkan percaya awak. "

" Kenapa, Min? Salah ke kita bahagia macam pasangan lain? "

" Salah. Sebab kita kahwin tanpa cinta. Get it? " aku menjeling. Namun entah mengapa hati aku sakit menuturkan ayat itu.

" Then we should trying to make love. "

" Dulu, awak yang tetapkan syarat. Awak yang tak suka saya. And awak yang benci saya. Now? " Taehyung mengeluh. Dengan perlahan, dia menjauhkan tangannya daripadaku.

" Saya nak keluar kejap. Jangan tunggu. Tidurlah dulu. " kata Taehyung lantas menapak ke pintu. Tombol dipulas dan dia berlalu meninggalkan aku. Dia nampak sangat kecewa.

-------

" Esok? " Jimin membulatkan matanya. Sungwoon dihadapannya mengangguk laju.

" Please.... kau je yang boleh teman aku. " rayu Sungwoon. Matanya dikelipkan beberapa kali. Jimin mulai membuat muka meluat.

" Aku tak minat Bruno Mars lah. Lagunya je aku tahu. Tiba-tiba, kau ajak aku pergi konsert dia esok. Apa aku dapat? " tanya Jimin. Sungwoon mengeluh.

" Kau ni memang bukan kawan aku lah. Time aku minta tolong, kau hilang. Ini ke kawan? Sepatutnya kawan kena sentiasa to... "

" Okay, okay! Aku teman kau. Please stop membebel. " Jimin memotong percakapan Sungwoon. Tiket yang dihulurkan lelaki itu segera diambil, kasar.

" Yeay! Muahh sayang kau! " Sungwoon mencium pipi Jimin dan segera berlalu pergi.

" Gay detected. " Jimin menggeleng.

Meanwhile Jeongyeon,

" Kau ni tak bosan ke? " rungut Nayeon. Dia berkerut memandang sahabatnya. Excited habis.

" Bosan? Of course tak! Konsert Bruno Mars kat Korea weh! Jarang ada ni. Dia dahlah idola aku! " Jeongyeon memegang dadanya. Oh abe Bruno!

" Baik kau minat Jungkook BTS ke, Hyunjin Stray Kids ke, Baekhyun EXO ke. Apa minat kat Bruno? Dahlah tua. " umpat Nayeon. Jeongyeon menjeling.

" Tak nak aku. Dahlah sama-sama Korean. Takde feel. Nak kahwin, cari mat salleh lah. " Jeongyeon tersenyum angkuh. Nayeon menggeleng.

" Bila konsertnya? "

" Esok pukul 4 petang. So aku balik dalam pukul 10 malam gitu lah. Okey? " pesan Jeongyeon kepada Nayeon, teman serumahnya. Gadis itu menggangguk.

" Jangan jumpa Jimin pulak. " Nayeon tergelak melihat muka Jeongyeon bertukar masam.

" Kau ni rosak moodlah. Pergi mention nama mamat tu kenapa? " muka Jeongyeon cemberut. Dia menghempaskan punggungnya bersebelahan Nayeon disofa.

" Aku doakan kau kahwin dengan Jimin tu satu hari nanti. "

" Nayeon! " jerit Jeongyeon. Tergelak besar sahabatnya itu. Suka melihat muka merah Jeongyeon.

" Jangan benci sangat. Nanti mulalah suka. Merindu. Lepas tu broken sendiri. " pesan Nayeon sebelum berlalu ke tingkat atas. Jeongyeon termenung. Dia akui. Dia sudah mula menyayangi Jimin. Tapi dia tahu lelaki itu sangat membenci dirinya. Mustahil, Jeongyeon.

------

" Auch! " aduh Mingyu. Jeena mendecit.

" Tu lah! Bergaduh lagi. Baru sapu sikit dah sakit. Time bergaduh, tak sakit pulak. " bebel Jeena sambil menyapu ubat di luka Mingyu. Habis muka kekasihnya bercalar-balar kerana bergaduh.

" Saya ni gangster. Kenalah garang depan musuh. Tapi depan awak je manja sikit. " Mingyu tersengih. Jeena menolak perlahan kepala lelaki itu. Ada je mulut manisnya tu!

" Janganlah gaduh lagi. Saya risau saya akan kehilangan awak. "

" Tapi ni kerja saya. "

" Tinggalkan lah. Demi saya. " Jeena memandang anak mata Mingyu. Kelihatan serba salah disitu.

" I can't promise. "

" Lepas ni kita pergi makan, okay? Refill your energy back. Saya belanja. " Jeena menukar topik. Dia tahu Mingyu rasa tak selesa. Jadi biarlah dia mengalah.

" Yeke? Wah, sejak bila jadi baik ni? "

" Sejak jadi kekasih Kim Mingyu. " Jeena mencubit pipi Mingyu. Dia tergelak kecil. Kasihnya semakin banyak setiap hari demi lelaki itu. Dia sangat sayangkan lelaki itu.

" How sweettt.. "

" Awak pun? Sejak bila manja ni? "

" Sejak jadi kekasih Kim Jeena. " balas Mingyu. Gelak tawa bergema.

" How sweet you too, sayang. " Jeena mengusap pipi Mingyu. Hanya lelaki ini dihatinya.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now