29

1.9K 159 2
                                    

Hari pertama checkup! Yeay! Bersemangat betul aku hari ni. Seawal jam 7 pagi aku dah bangun walaupun waktu checkup pukul 9 pagi. Rambut didandan elok serta blaus warna terang dikenakan pada tubuh.

     Habis sahaja berdandan, jam di dinding dikerling sedikit. Baru pukul 8 pagi. Aku memusingkan tubuh dan memandang Taehyung yang masih enak tidur diatas katil. Rambut hadapannya yang panjang menutupi separuh matanya. Dengan perlahan, aku menapak kearahnya lantas punggung dilabuhkan diatas katil.

      Senyuman kecil terhasil apabila melihat kecomelan suami sendiri. Jariku gatal mahu mengelus lembut pipinya. Flawless! Jelesnya. Aku yang perempuan ni pun tak selicin kulitnya. Mataku tertancap pada dahi atasnya yang terselak sedikit. Ada parut tapi tak panjang. Kenapa selama ni aku tak perasan eh?

      Aku tersentak apabila Taehyung mengeliat kecil. Segera aku beriak biasa. Mata Taehyung digosok perlahan. Sebaik sahaja matanya terbuka, dia tersenyum nipis memandangku.

" Morning princess. " ucap Taehyung dengan suara serak basahnya. Aku tergelak kecil.

" Morning prince. " balasku.

" Cantiknya. Bersiap nak pergi mana? " soalnya. Terpisat-pisat matanya memandangku.

" Today kan hari first Min checkup. Awak lupa? " Taehyung membulatkan mata lantas tubuhnya ditegakkan. Tak berkelip dia memandangku.

" Pukul berapa? "

" 9 pagi. "

" Omaigod, sekarang dah pukul 8.30! Why tak kejut saya awal? Haish sayang ni! " Taehyung kelam kabut bangun lantas berlari ke bilik air. Tergelak kecil aku melihatnya. Comel sungguh! Ini ke Profesor Taehyung kesayangan korang?

        Selepas beberapa minit, Taehyung sudah pun selesai bersiap. Simple je. Berbaju T-shirt dan berseluar jeans. Tapi masih handsome! Ayoyo.

Kami bergerak menuju ke klinik swasta yang diaturkan. Taehyung membuka pintu untuku. Auww! Feeling princess sangat! Selepas sahaja mendaftar dan nama dipanggil, kami segera masuk kedalam bilik doktor.

" Baby sihat. Dah 1 bulan. Pergerakan okay. Jangan banyak stres. Not good for your health. " nasihat doktor serba sedikit. Aku hanya mengangguk. Tetapi lain pula dengan Taehyung. Dia mendengar dengan penuh kusyuk. Sesekali, banyak soalan ditanyakan kepada doktor. Terharu aku melihatnya. Nampak prihatin dengan anak kami.

       Selesai berurusan, kami menapak keluar. Tersentak apabila melihat Jeena dan Jongin didepan mata. Tersenyum aku melihat sahabat baikku.

" Abang, Jeena nak cakap dengan Minyoung kejap. " pinta Jeena. Jongin mengangguk lantas membenarkan adiknya menghampiri Minyoung.

" Aku dah jumpa Mingyu. " tersentak aku mendengar ayatnya. Bahunya ku genggam kuat.

" Dia cakap apa? "

" Aku tak sempat cakap yang aku pregnant. Aku... aku nampak dia dengan perempuan lain dalam rumah dia. " tangis Jeena. Sungguh aku tidak menyangka Mingyu begitu. Sangkaku, Mingyu setia. Rupanya, haram!

" Tak guna betul! Kau kena jumpa dia balik. Cakap benda yang sebenar. Bagi dia tahu tanggungjawab. " marahku. Jeena menggeleng.

" Malaslah. Aku dah penat. Lantak dialah. " bantah Jeena. Kami memerhatikan Taehyung dan Jongin. Nampak membincangkan sesuatu yang serius. Terjentik hatiku ingin bertanya. Tapi, biarlah. Hal lelaki.

--------

" Kenapa kau lemah sangat ni? " bebel Vernon. Tubuh Mingyu dibaringkan diatas katil. Daripada tadi, Mingyu tak habis berulang alik ke tandas. Muntah. Muntah. Dan muntah.

" Aku rasa aku salah makan lah. Semalam maid masak apa? Biar aku pancung dia. " bebel Mingyu sambil menyapu minyak angin di sekeliling dahi. Loya tak hilang lagi.

" Aku pun makan benda yang sama. Tak sakit pun. Aku rasa sebab lain ni. " teka Vernon. Mingyu mengangkat sebelah keningnya.

" Maksud kau? "

" Anak dara mana kau dah buntingkan? "

" Apa benda kau ni? "

" Aku peminat nombor satu K-Drama tau. Biasanya, kalau perempuan pregnant, yang lelaki akan kena mualnya. Not all, tapi sesetengah kes. " sengih Vernon. Mingyu menjeling. Tidak boleh diterima langsung!

" Mengarut. " geleng Mingyu. Tak lama kemudian, dia rasa tekaknya mual kembali. Terus berlari ketandas kembali. Isi perutnya dikeluarkan.

" Aku rasa kau dah buntingkan Jeena ni! Baik kau jumpa minah tu. " jerit Vernon. Mingyu mendengus kuat.

-------

Ting! Ting!

Telefon Jeongyeon bergetar kuat. Segera gadis itu melihat siapa si penghantar mesej. Unknown number?

Hai.

Aik? Siapa pula ni? Segera Jeongyeon membalas.

Hai. Siapa ni?

Bluetick. Wah, cepat betul tuan nombor membaca mesej.

Si hensem Hyunjin.

Jeongyeon menjelingkan matanya keatas. Mamat ni. Apa dia nak?

Okay.

Dia malas nak melayan. Telefonnya bergetar lagi. Tapi Jeongyeon mencebik. Apa Hyunjin tu nak?

Kali ni telefonnya berbunyi nada dering panggilan pula. Segera panggilan diangkat kasar.

" Kau nak apa? Menyemak betul lah! " marah Jeongyeon. Nafasnya turun naik menahan marah.

" Sayang? Kenapa marah ni? " soal seseorang ditalian. Berubah terus muka Jeongyeon. Dia kenal suara ini. Suara Jimin!

" I'm sorry Jimin. Saya ingatkan... "

" Why? Kenapa ni? "

" Tak ada apa-apalah. " geleng Jeongyeon. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Mungkin Hyunjin mahu berkenalan dengannya. Dirinya sahaja yang berfikiran buruk.

" Tell me kenapa ni? " Jimin masih risau.

" Betul. Saya okay. Saya letak telefon dulu ya? Bye, I love you. " ucap Jeongyeon sebelum talian dimatikan. Telefon dipandang sepi. Jimin, I miss you.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now