41

2K 164 28
                                    

Aku membuka mata. Tempat ni seakan asing. Macam kat kilang lama. Kenapa aku kat sini? Berkerut dahiku cuma berfikir. Kaki dan tanganku diikat menyebabkan nafasku menjadi sesak. Perut pula tak habis bergelora sejak tadi.

Sebaik sahaja aku menoleh kekanan, terbuntang mataku. Mama sedang terlantar di kerusi dengan mulut yang berdarah. Di kiriku pula ada Jeena. Macam mana dia boleh ada disini? Aku bersyukur keadaannnya baik sahaja tanpa sebarang luka.

" Dah bangun? " soal seseorang. Segera aku berpaling memandang tuan empunya suara. Menganga diriku. Sungguh aku tak sangka!

" Kau buat apa ni, Jimin?! " marahku namun hanya mengundang sengihan Jimin.

" What am I doing now? " tanyanya. Aku mendengus.

" Jimin, kau gila ke?!!! Aku dengan Jeena ni kawan kau. Ni pula mama Profesor kau sendiri. Mama Taehyung. " marahku. Namun, aku pula yang berkerut kerana perutku mengecut kuat. Sakit.

" Aku ikut arahan boss aku je. Hehehe. " gelak Jimin. Aku mengetap gigi menahan geram. Jeena dan mama juga sudah terjaga mendengar suara kuat aku.

" Jimin? Apa semua ni? " soal Jeena. Aku kasihan melihatnya. Dahlah baru bersalin 3 hari lepas. Anak dia mana? Jongin mana?

" Siapa boss celaka kau tu?! Keluarlah! Dia pengecut sangat ke?! " tengkingku. Jimin berdecit lantas kebelakang semula memanggil seseorang. Dalam kesamaran, aku melihat seseorang berpakaian kasual sedang berjalan ke arah kami. Kejap, aku kenal dia. Dia tu...

" Mingyuu!!! " jerit Jeena. Aku dah ingat! Inilah Kim Mingyu, boyfriend Jeena, musuh Taehyung dan orang yang paling aku benci sekarang.

" Kau dah gila ke? Asal culik kitorang? " marahku. Mingyu tersengih. Namun sengihannya nampak menjengkelkan sekarang.

" Kau Minyoung kan? Kesian kau, laki dah mampos. " ucapnya. Bibir aku bergetar menahan marah. Tangan dah dikepal geram.

" And hai Jeena. Long time no see. " Pandangan Mingyu beralih ke Jeena pula. Aku nampak tubir mata Jeena dah hampir penuh.

" Anak saya mana, Mingyu? " soal Jeena dalam getaran. Aku tahu dia sedih dan kecewa.

" Maksud you, anak kita? You think apa I buat kat dia? Bunuh maybe? "

" JANGAN BERANI SENTUH ANAK AKU! " jerit Jeena. Aku terkejut melihatnya. Pertama kali melihatnya dia begitu.

" Anak kau ada je kat sini. " satu suara lain bersuara serentak terdengar tangisan bayi. Aku melihat Jongin muncul dan membawa Minjee.

" Abang.... " Jeena nampak tergamam. Bukan dia je, aku pun sama! Mingyu menghampiri Jongin lantas bayi yang sedang menangis itu diambil.

      Minjee yang menangis pada awalnya terus senyap sebaik sahaja Mingyu mendukungnya. Aku terharu juga. Bayi kecil itu kenal ayahnya.

" Hai anak papa. " ucap Mingyu. Jeena dah menitiskan air mata.

" Comelnya anak kita ni. Sebijik ikut perangai kau. Happy je bila ada kat samping aku. " kata Mingyu. Kelihatan mata Minjee dah membulat sambil memandang Mingyu. Tawa bayi kedengaran di kilang lama ini.

" Kalau dengan saya.... dia tak pernah gelak macam tu.. " ucap Jeena, perlahan namun masih didengari. Mingyu mengangkat keningnya.

" Kalau kat dalam Kdrama, bayi lebih suka rapat dengan ayahnya. " celah Vernon.

Aku hampir tergelak sebenarnya. Sangat TIBER weh mamat ni.

" Senyaplah bongok! " marah Mingyu. Vernon mengangguk dan terus senyap.

" Nama dia apa? " soal Mingyu. Matanya memandang Jeena. Namun, gadis itu masih terdiam.

" Sayang, I'm asking you. Apa nama anak kita? " tanya Mingyu, sekali lagi.

" Kim Minjee. " jawab Jeena. Mingyu mengangguk lantas mengelus lembut pipi anaknya.

" I like baby you know? I akan pastikan dia lah penyambung Empayar Rucell nanti. " mata Jeena membulat mendengar kata-kata Mingyu.

" No! Saya tak nak anak saya jadi kotor macam awak! " marah Jeena. Mingyu hanya mengangkat bahu.

" Correction! Anak kita. So, I ada hak juga. " Mingyu menyerahkan kembali Minjee kepada Jongin. Sungguh aku tak sangka, Jongin bersubahat.

" You did a great job, Jongin. Kau dah bunuh Taehyung and lepas ni tolong aku bunuh wife dia pula. " puji Mingyu. Tersentak aku. Bunuh Taehyung? Apa semua ni?

" My job, boss. " Jongin tersenyum sinis memandangku. Sungguh aku keliru.

" Aku yang bunuh suami kau, Min. Aku lah orangnya. " kata Jongin padaku. Air mata dah mengalir di pipiku. Jongin bunuh Taehyung?

" Aku minta maaf tapi aku kerja bawah Mingyu. And tugas aku untuk bunuh Taehyung. Kau yang jadikan tugas aku mudah. Kau pun tolong bantu bunuh suami sendiri. " provok Jongin. Aku dah mengetap gigi dengan kuat. Dendam dah penuh kat hati.

" Dahlah, banyak sangat bercakap! Malas nak dengar. So where my pistol? " soal Mingyu lantas sepucuk pistol diserahkan kepadanya.

" Which should I kill first? Minyoung, Jeena or mama kesayangan Tae? " gumam Mingyu. Aku mendengus kegeraman. Wajahnya ku pandang dengan rasa benci.

Aku mengerling Jeena disebelah. Omaigod, ikatan Jeena dah terbuka. Good, bagus dia memanfaatkan masa! Mama dia sebelah pula aku perhatikan. Kasihan dia. Dalam keadaan lumpuh pula tu. Mulutnya juga berdarah.

Perutku tiba-tiba mengeras. Sakit! Aku rasa aku dah nak bersalin. Kenapa sekarang, baby?!

" Dah nak bersalin ke? Aduh! Baik aku tembak kau dulu. Bagi mampus dulu. Tak payah sambung keturunan Taehyung. " cebik Mingyu. Aku pula yang cemas. Takkanlah...

Bang!

Sakitnya! Mingyu tembak betisku tadi. Betis woi! Sakit tak leh rilek! Mukaku semakin berkerut menahan sakit.

" Bagi kau mati hilang darah lah. Baru best. "

" Setan!! " jeritku. Geram, marah dan takut bercampur sekarang.

" Now your turn. " Mingyu mengacukan pistol kearah mama. Aku dah cemas. Mama dahlah tak sihat.

Bang! Tembakan dilepaskan lagi. Aku menutup mata. Takut. Namun, bukan suara mama yang mengerang. Tapi suara...

" Sakit... " rintih Jeena. Mataku terbutang luas. Jeena halang tembakan daripada terkena mama. Dan sekarang dia yang tertembak. Di dada kiri. Oh jantung!

" Jeena!! " jeritku. Air mataku mengalir laju. Jongin juga berlari kearah kami dengan Minjee didukungan.

" Kau dah gila ke, Mingyu?!! Kau kata kau tak nak sentuh adik aku?! " jerit Jongin namun Mingyu hanya tersenyum sinis.

" Aku nak tembak mak Taehyung, lepas tu adik kau yang halang. Salah aku ke? " soal Mingyu. Jongin mengetap gigi, kuat. Tiba-tiba sahaja walkie talkie dikeluarkan daripada poketnya.

" Masuk sekarang! " arahnya. Aku bingung dalam masa yang sama menahan sakit. Semakin tak tertanggung. Pandanganku juga mulai kabur. Aku lihat sepasukan polis masuk menyerbu. Dan aku nampak Taehyung juga sebelum semuanya gelap.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin