37

1.9K 161 6
                                    

7 bulan kemudian....

Aku menapak kedalam rumah mendiang eomma. Berhabuk. Haih, tu lah lama sangat ditinggalkan sejak eomma meninggal. Penyapu di tepi pintu dicapai.

" Tak payah buat kerja. Kau tu dah sarat. " tegur Jongin lantas merampas penyapu daripada tanganku. Aku yang ajak dia menemaniku. Dengan keadaan aku yang dah 9 bulan ni, tak mustahil jadi apa-apa.

" Kau tak nampak ke rumah ni dah berhabuk habis? Boleh bersin aku nanti. " gelengku. Jongin mencebik.

" Then, biar aku je yang kemas. Kau duduk kat sofa. " Jongin menyapu lantai dengan pantas. Berdebu habis!

" Sorry susahkan kau. "

" Tak apa. Kau kan kawan aku. " Jongin tersengih. Aku memerhatikan dia dengan lama. Dia lah jaga aku selepas Taehyung meninggal.

    Sedih? 4 bulan pertama, memang aku murung. Tak nak makan, tak nak keluar, asyik menangis je. Jeena lah yang pujuk aku. Keadaan terbalik. Jeena semakin sihat sekarang. Makin ceria, dah tak sedih macam dulu. Aku kena terima hakikat yang Taehyung dah tiada. Aku akan besarkan anak kami seorang diri. Tapi anak aku kena tahu yang dia ada papa yang sangat hebat.

" Jeena mana? " soalku.

" Kat luar rumah. Sibuk belek pokok tulip kat luar. Dahlah dedua boyot, lepas tu nak buat kerja. " perli Jongin. Aku tergelak. Memang aku dah Jeena dah sarat sekarang ni. Dah 9 bulan.

" Ha mengumpat adik lah tu! " terjah Jeena. Jongin hanya tersengih. Jeena melabuhkan punggungnya disebelah aku. Suka aku melihat adik-beradik ni. Comel!

" Mana ada.... puji elok je tadi. " Jongin menampakkan barisan giginya yang putih.

" Adik nak kemas bilik stor nilah. Mesti berhabuk habis. 100% confirm! " Jeena mengangguk. Dia menapak ke bilik stor. Aku hanya memerhati.

" Fuhhhh! Kan dah cakap! Labah-labah pun dah buat cucu kat sini. " Jeena mencebik. Dia cuba menghilangkan sarang lelabah disitu.

" Eh Min, aku jumpa something! " jerit Jeena. Aku mengangkat kening lantas bangun daripada duduk.

" Apa dia? "

" Ni bukan diari eomma kau ke? Warna hitam ni. " Jeena menghulurkan sebuah buku hitam kepadaku.

" Hah? Mana kau tahu? " aku mengamati diari itu.

" Dah elok tertulis ' Park Ae Ran's Diary. " Jeena menjuihkan bibirnya. Aku mengangguk lantas helaian pertama diselak.

" Eh ni tulisan tangan eomma! Macam mana dia tahu menulis? " aku pelik. Eomma kan buta. Mana dia nampak nak menulis ni?

" Tarikh ni.... tak silap aku masa kita kecik lagi. " Jongin menundingkan jarinya ke sudut helaian atas. Baru aku perasan. Tarikh ni masa umur aku baru 3 tahun.

" Jomlah baca sama-sama. " ajak Jeena. Aku menuju ke sofa dan diikuti Jeena dan Jongin.

1 :
Abang, terima kasih sebab keluar drpd dunia gangster tu. Terima kasih. Saya tahu abang buat tu untuk Min young. Anak kita comel kan, bang? Yeongjun tak marah abang langsung. Mulianya hati dia. Boleh ke bang dia nak uruskan dunia gangster tu seorang diri?

Aku sedih sebenarnya. Sebab mendiang appa lah punca keluarga Taehyung hancur. Sebab appa lah Taehyung jadi gangster. Sebab appa lah Taehyung mati. Semuanya sebab keluarga Park Hoomin.

Aku selak berkali lagi. Diari eomma ni menyimpan banyak rahsia hati.

36 :
Kim Taehyung. Segak betul anak Taera dengan Yeongjun. Kecik lagi dah handsome. Haraplah dia berjodoh dengan Minyoung. Aku percaya anak aku boleh bahagiakan Taehyung. Sebab keluarga kami dah buat keluarga Taehyung hancur. Dan aku percaya Minyoung boleh pulihkan.

Berderai air mata aku. Minyoung gagal, eomma. Minyoung gagal. Min dah gagal satukan keluarga Taehyung.

-----

" Bila kau nak masuk jadi praktikal? " soal Hyunjin. Air lemon tea dihirup perlahan.

" Minggu depan. "

" Hospital? "

" Hospital Busan. " jawab Jeongyeon. Hyunjin membulatkan matanya.

" Jauhnya! Tak dapat lah aku jumpa kau selalu. " muncung Hyunjin. Jeongyeon tergelak kecil. Kelakar melihat sahabatnya.

" Aish! Praktikal kejap je. 3 bulan. Nanti aku balik sini. " pujuk Jeongyeon. Rambutnya dah panjang sekarang. Sangat panjang. Cantik. Nampak ciri keperempuannya. Lepas tu diikat toncang pula tu! Lagilah nampak cute!

" Hari ni kau tak chat dengan awek kau pula? " soal Jeongyeon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Hari ni kau tak chat dengan awek kau pula? " soal Jeongyeon. Hyunjin memuncung.

" Dia busy. Dia kata kalau nak chat pukul 8 malam keatas. Time tu dia free. "

" Amboi! Dah macam waktu pejabat. " Jeongyeon menjuihkan bibirnya.

" Tu lah. Nasib aku lah couple dengan Yeji tu. Model full time. " luah Hyunjin. Jeongyeon hanya mengangguk. Matanya melihat kekiri dan kekanan sebelum tertancap pada seseorang. Dia kenal sangat orang itu.

" Tu Jimin... " bergetar bibir Jeongyeon menuturkan nama itu. Dah 7 bulan dia melupakan lelaki itu. Dan kini dia kembali.

" Dia dengan siapa tu? " soal Hyunjin. Jimin sedang memesan kopi di kaunter bersama seorang wanita. Seksi pula tu! Dahlah peluk pinggang bagai. Macam pasangan kekasih. Paling mengejutkan, Jimin ada tatu penuh di tangan. Omaigod!

" Kenapa dia macam tu... " air mata dah mulai memenuhi tubir mata Jeongyeon. Hyunjin kaget.

" Janganlah ingat dia lagi. Kau kena move on. Ingat tu! Tengok lah dia sekarang. Teruk. Bertatoo. Lepas tu, peluk pinggang perempuan lain. Macam misstress. " bebel Hyunjin. Jeongyeon hanya mengukir senyuman tawar.

" Aku belum mampu nak lupakan dia lagi. Aku tak mampu. "

" Then, you should try. Jomlah, aku belanja kau makan. Minggu depan kau dah praktikal doktor. Jangan sedih. " Hyunjin menarik tangan Jeongyeon lantas membawanya keluar daripada kafe tersebut. Cukuplah Jeongyeon terluka. Cukuplah.

Saranghae, Mafia! | Kim Taehyung ✓Where stories live. Discover now